Sunday, August 23, 2015

KEMBARA ROHANI 5


#5 Kembara rohani Ogos 2015

Apakah perbandingan unik antara dua kota suci: Mekah dan Madinah, dari sudut tarikan ikonik? Masjid Nabawi ada makam Rasulallah (nilai sejarah sirah); Baitul Haram ada telaga Zam-Zam (keagungan lanskap geo).

Di Mekah, sumber air zam-zam tersedia di segenap sudut masjid. Tapi gelar 'telaga' itu sebenarnya tinggal fantasi, sebab sekarang ia bukan lagi ditimba macam ambil air di perigi. Cuma perlu pulas pili saja, air akan berjurai mengisi gelas plastik. Kalau penat ber-tawaf atau ber-saie, boleh berhenti seketika sambil hilangkan dahaga bila-bila masa. Dingin dan nyaman.

Mari saya kongsi satu rahsia yang menarik diarifi. Di bawah kota Mekah terbentuk 'aquifer' paling misteri di dunia. 690 juta liter air dipam setiap hari, sejak puluhan tahun. Tapi takungannya tak pernah kering. Ya, kamu tak salah baca. JUTA, bukan ribu atau ratus: pada SETIAP HARI.

Telaga Zam-Zam: satu manifestasi betapa mahakaya Tuhan pencipta semesta. Dia kurniakan sumber air bawah tanah untuk diguna secukupnya oleh bilion manusia. Bagi yang faham ilmu hidrogeologi (salah satu cabang disiplin Geografi), ini sesungguhnya satu keajaiban sains yang begitu sakti.

Apa refleksi untuk kita?

Jika Dia boleh memberi telaga yang tak pernah kering untuk kegunaan manusia di dunia fana; bayangkan pula syurga yang Dia sediakan di alam sana yang abadi? Tentu ia terlalu luas untuk kita semua. Jadi tak perlu saling menghukum orang lain masuk neraka; sebab syurga-Nya boleh saja muatkan seluruh umat manusia. Untuk apa bertengkar merebut sesuatu yang tak akan luak?

Nota: An aquifer is an underground layer of water-bearing permeable rock, rock fractures or unconsolidated materials (gravel, sand, or silt) from which groundwater can be extracted using a water well. The study of water flow in aquifers and the characterization of aquifers is called hydrogeology.

Now everyone can blog: http://remdambul.blogspot.com/

:
 — ‎with Mohd Shyabrun Ibrahim at ‎The Holy Mosque - Makkah الحرم المكي الشريف‎.‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...