Selepas tawaf, rukun umrah seterusnya adalah sai'e; iaitu berjalan ulang-alik di antara Jabal Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Sunat berlari-lari anak (bukan pecut macam gajah naik minyak!) bagi yang berdaya.
Jaraknya berapa? Lebihkurang 3 km. Fuh, jauh juga tu. Mau tujuh kali pusing padang balapan. The good thing is, the venue for the saie ritual is fully roofed. Kalau tidak, boleh terpanggang di bawah terik bahang gurun.
Terima kasih kerajaan Saudi kerana memahami kelemahan fizikal orang Khatulistiwa macam kami. Yang tidak tahan bergelumang lama-lama dengan udara kering yang membahang di tempat terbuka.
No comments:
Post a Comment