Monday, July 13, 2015

BARAH PERKAUMAN



Saya tidak faham penyakit sosial apa yang telah meracun Kuala Lumpur dan wilayah-wilayah yang sewaktu dengannya. Asal ada selisih sikit yang melibatkan dua etnik berbeza – ia terus dipropaganda sebagai sengketa kaum. Padahal puncanya tiada kena mengena dengan warna kulit. Hanya kerana ego dan kegampangan peribadi masing-masing.

Saya pernah bermukim di kota metropolis itu lebih dari 10 tahun. Ada satu ketika dulu (masa student di UM), saya pergi ke Petaling Street mau beli barang. Kemudian ada seorang peniaga maki-hamun sebab saya akhirnya tak jadi beli selepas puas tawar-menawar. Siap ugut mau pukul, sebab dia tuduh saya ____ bodoh yang sengaja buang masa dia. Itu kali pertama dan terakhir saya jejak kaki di Petaling Street.

Saya ceritakan pengalaman itu pada kawan di kampus. Reaksi mereka: “Hah, orang Cina memang begitu. #4%!!#@!!” I was like: hei, what is your problem dude? Saya kongsi pengalaman buruk saya dengan seorang peniaga di Petaling Street. It has nothing to do with his race. I have many, many nice Chinese friends. Perlukah insiden itu diterjemah jadi prejudis bangsa?

Tujuh tahun dulu, saya kebetulan ada mesyuarat di KL ketika bulan Ramadhan. Masa hampir berbuka, saya pergi ke gerai yang terletak dekat dengan hotel. Sedang saya beratur mau ambil makanan, makcik tukang jual bagi amaran dengan nada yang agak kejam: “Sekarang ini bagilah yang puasa dulu ambil makanan. Yang bukan Islam kemudian.” Saya tersipu-sipu kerana menyedari wajah saya memang sangat seiras bintang-bintang Hong Kong dan Beijing. Tanpa banyak soaljawab, saya pun tinggalkan barisan dan terus cari KFC yang berhampiran.

Sikap perkauman tidak membiak dalam vakum. Manusia yang sediakan platform untuk ia tumbuh berkembang. Ia sejenis kuman yang diternak tanpa sedar menerusi rutin kecil berulang-ulang, yang asalnya kelihatan cuma tindakan remeh-temeh. Tapi selepas tempoh mengeram yang panjang, ia akan menetas jadi polarisasi dan diskriminasi yang sangat gadang. Seperti api sekam yang membakar unggun perlahan-lahan.

That is why – I never regret leaving Kuala Lumpur for Kota Kinabalu more than 15 years ago. Di Sabah – kita tidak akan “dihalau” sebegitu rupa di mana-mana kedai makan Islam pada bulan puasa. Sama ada kita Cina, India, Dusun Kristian atau apa-apa bangsa sekalipun sebab di Sabah, 1Malaysia adalah budaya dan rutin yang sudah lama sebati dengan kehidupan. Bukan hanya slogan semata-mata.

Selamat berambut raya. Kamu semua sudah?
 — at Indah Permai, Sepanggar.



1 comment:

  1. Racist itu bodoh.
    Prejudis itu sampah.
    Pernah sipi-sipi terkena penyakit2 ini.
    Alhamdulillah skrg dah flush dlm toilet.
    Rasa diri lebih superior dari yg lain? Disgusting.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...