Kalaulah cuka terlalu masam,
Jangan dibumbu limau kasturi;
Kalaulah luka terlalu dalam,
Jangan tunggu sembuh sendiri.
Kalaulah kiblat arah ke barat,
Tanda Mekah di hujung sana;
Kalaulah khilaf terlalu berat,
Apa salah tanggung bersama.
Kalaulah resak bukan cengal,
Sepohon pauh tetaplah pauh;
Kalaulah maaf terlalu mahal,
Hati nan jauh bertambah jauh.
Dunia Tuhan terlalu makmur. Setiap kita ada tempat dan rezekinya sendiri. Tidak perlu berebut-rebut, hingga mencetuskan diskriminasi dan sengketa. Syurga Tuhan juga terlalu luas. Ia cukup untuk semua orang. Usah kita sempitkan ia dengan saling berlawan-lawan, mahu membuktikan siapa lebih berhak mendudukinya.
Kopisanangan tadau karamaian Idul Fitri.
Kano tokou gumuli id kopirotian tulun, miagal do miginawo om misompuru.
Selamat menyambut hari raya Idul Fitri.
Mari semua kembali kepada fitrah insani, saling berukhuwah dan bersatupadu.
Note: Saya faham ada sesetengah orang mempunyai prejudis pada anjing, terutama jika ia dibela oleh orang Islam. But before you judge, at least try to understand the circumstances. Read this 2011's entry: https://www.facebook.com/
No comments:
Post a Comment