Friday, June 12, 2015

SATU TINGKAT KE ATAS



1)  Kelmarin, saya hadir majlis penyerahan rasmi surat kenaikan pangkat. Dalam ucapan amanat yang santai tapi menusuk, Big Boss mengingatkan bahawa tiap kejayaan yang dicapai, bukanlah usaha kita seorang diri. Ramai insan di sekeliling (sama ada disedari atau tidak), yang turut menyumbang pada perjalanan karier kita.

Kata Big Boss lagi: “Keluarga adalah entiti terpenting – yang mencorakkan kerjaya kita. Kerana mereka memberi sokongan paling dekat secara berterusan. Tapi kadang-kadang kita terlupa untuk hargai nilai signifikannya. Pastikan mereka orang pertama yang tahu berita gembira begini.”

2)  Terpanah dengan kata-kata Big Boss, saya serta-merta insaf. Sebelum ada sesiapa mencium khabar girang ini, bagus saya umumkan cepat dalam Whatsapp keluarga. Of course, we always treasure our family the most. But sometimes we don’t show the appreciation enough. Because we tend to take things for granted when it comes to the closest people in our lives.

Apa saja yang meriangkan, selalu kita umum satu dunia dulu. Atau pada rakan-rakan rapat. Our family are often the last to know. Padahal kalau kita berdepan dengan kesusahan, siapa juga yang kita cari dulu?

Kemudian Big Boss sambung lagi amanat tentang nilai-nilai kekeluargaan: “Untuk meraikan pencapaian ini, pastikan kamu semua bawa isteri atau suami dan anak-anak makan di luar. Tempat yang paling spesial, misalnya di Hotel Hyatt.”

3)  Kami semua ketawa dengan cadangan yang agak cheeky itu. Tapi kemudian Big Boss cepat-cepat ingatkan: “Walaupun macam berjenaka, tapi saya rasa itu sebenarnya penting. Sebagai tanda penghargaan kepada orang yang paling dekat memberi sokongan.”

Seriously, I couldn’t agree more.

I truly like this approach. Because effective workers in the office normally come from stable and supportive families. Jadi memang penting memupuk semangat yang demikian untuk membina sebuah organisasi yang mantap. Seperti kata Confucius: “Negara yang gemilang bermula dengan unit keluarga yang sejahtera.”

4)  Atas saranan Big Boss kelmarin, maka pagi ini saya bagun lebih awal dari biasa. Kemudian saya ambil masa secukupnya menemankan anak-anak di Banglo Tungau bersarapan. Sengaja saya lebihkan isi mangkuk masing-masing dengan penuh pemurah. Ibu budak-budak itu belum lagi berjaya ditemui di bumi yang luas ini. Jadi kami-kami sajalah.

Speaking of family values; nilai keluarga yang sejati tidak didatangkan secara automatik menerusi pertalian darah atau perkahwinan semata-mata. It is something you have to work for. It can come in many different forms. Bukan mesti sesama manusia saja. It is entirely up to us – how to define the operational meaning of family. Yang penting “keluarga” itu boleh memberi sokongan mental dan emosi.

Yang membantu kita menjana inspirasi dan motivasi harian. Then they make us a better and happier person. Saya berterima kasih kepada keluarga besar SD Dumaring Clan, yang selalu ceria. Also havoc, but very supportive of each other. Saya juga bertuah mempunyai keluarga haiwan Rumah Pangi yang unik dan non-konvensional.

5)  Bagi orang lain, mungkin mereka itu cuma “kucing jalanan” yang hanya tahu mengiau minta makan. For me they are family and loyal friends, who never put me down or judge me – even when I am at my worst self. I feel very honoured to celebrate one of my significant milestones in life with them – because this blessing is probably the result of their endless doa. Who knows…

Terima kasih juga kepada semua colleagues dan kawan-kawan. Of course you guys also have a special place in my heart. Hati saya bukan penuh dengan kucing saja ya. Mujur Tuhan telah berikan saya hati yang cukup luas untuk mengisi ingatan pada semua insan yang signifikan.

Ayat yang terakhir itu macam gampang mengada-ngada pula. But I seriously couldn’t find a non-corny way to express it. Perlu saya padam ka?

4 comments:

  1. tahniah to u Mr Rem Dambul dapat kenaikan pangkat.....^_^

    ReplyDelete
  2. Salam.. Dr..

    Alahai bahagianya memberikan makan kepada ahli2 keluarga Dr yang comel2 itu..
    Ye setuju dengan apa yang Dr utarakan di entry ini... Family also first dalam apa2 pun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...