Monday, June 15, 2015

MAZHAB PSEUDOSAINS MEMBIAK DI SABAH SELEPAS GEMPA



1)  Mazhab ini belum dikategori sebagai ajaran sesat oleh JAKIM atau MUIS. Jadi mereka tidak boleh didakwa, baik di mahkamah syariah mahu pun sivil. Tapi hakikatnya, mazhab pseudosains inilah yang paling sesat dan menyesatkan!

(Nota-leher: Pseudoscience: ˈsjuːdəʊˌsʌɪəns (noun) – a collection of personal beliefs or practices misguidedly regarded as being based on scientific method)

Penyebar dan penganut tegar mazhab ini patut dihumban ke dalam kawah api yang besar menjulang. Abunya nanti dibancuh dengan simen, kemudian diguna membikin dinding konkrit jamban-jamban seluruh Malaysia. Bila datang mau buang hajat di sana, kita yang jejantan asli ini boleh pancut-pancut pada dinding. Kalau mampu, yang perempuan pun boleh juga cuba. Sambil feeling-feeling menyiram air mawar di kubur para pendusta ini.


2)  Lepas insiden gempa di Sabah yang mengorbankan beberapa pendaki dan guide di Gunung Kinabalu – ramai betul saintis jadi-jadian yang bertungkus-lumus siang dan malam menakut-nakutkan orang. Dua hari dulu, ramai penduduk Ranau tidak berani tidur sampai tengah malam sebab ada jahanam menyebarkan info palsu tentang ramalan gempa berskala 6.0 pada jam 11.50pm.
Saya sendiri tidak boleh tidur. Bukan saya percaya tapi sebab ditanya bertubi-tubi oleh ahli keluarga dan kawan-kawan rapat menerusi telefon dan mesej. Penat saya menjelaskan bahawa belum wujud teknologi yang boleh meramal waktu tepat kejadian gempa. Proses fizik di sebalik malapetaka semulajadi ini terlalu besar. Ia melibatkan plat tektonik bumi supra gergasi. Gerakan yang melepaskan tenaga gempa itu HANYA boleh dicerap pada detik ia berlaku – meski pun menggunakan alat pengesan seismic tercanggih di alam fana.
Gempabumi BERBEZA dengan tsunami. Mekanisme yang mencetuskan gelombang tsunami berpunca dari tenaga getaran yang dilepaskan oleh gempabumi. Maksudnya, tsunami boleh diramal beberapa jam sebelum ia berlaku (bergantung pada jarak epicentre). Sebab kelajuan gelombang laut (yang menerima pemindahan tenaga getaran itu) boleh diukur dan dikira untuk menentukan bila ia akan tiba di pantai-pantai tertentu.


3)  Paling saya baran – bila ada warga media sosial marah-marah tak tentu pasal. “Kenapa ahli-ahli geologi atau agensi-agensi rasmi kerajaan tidak buat kenyataan menafikan? Sia-sia saja kita ada pakar yang ramai!” Dia, yang tinggal di kawasan banjaran Crocker, sangat marah sebab terseksa duduk di luar rumah hampir sejam. Ditikam oleh udara gunung yang dingin menusuk.
Saya bukan geologis. Tapi selaku saintis, hati saya pun terbakar juga dengan provokasi begitu. Siapa kata tiada penafian? Masa penyebaran berita palsu ramalan gempa yang pertama dulu (sehari lepas kejadian), Jabatan Kajicuaca ada buat penafian. Beberapa ahli geologi juga keluarkan kenyataan balas: bahawa SEMUA ramalan gempa adalah PALSU. Masalahnya komuniti media sosial Malaysia ini lebih gigih mencari bahan-bahan fitnah politik dari mencari kesahihan berita-berita public interest begini.
Kalau kamu ini memang jenis fobia tegar – sila guna teknologi internet untuk memantau perkembangan isu gempa ini. Tiap kali dapat mesej yang meruntun jantung, jangan terus percaya. Cari sumber di tempat yang betul, bukan melayan tekanan jiwa tak tentu hala. Laman original Malaysian Meteorological Department ini sentiasa memberi update terkini tentang insiden-insiden cuaca dan gempa negara. Kemaskini info-info kritikal selalu pantas dan menyeluruh. So, anything that doesn’t appear here is considered fake.


4)  Sebenarnya tidak perlu tunggu sesiapa untuk nafikan khabar angin. We can trust our own common sense to judge and to verify its credibility. Bukan susah pun. Kita hidup dalam era IT. Semua maklumat di hujung jari. Kalau kamurang boleh cari info spesifik tentang hal-hal trivia sampai ke lubang cacing kerawit (misalnya topografi terperinci kangkang peserta jimnastik negara di Sukan SEA); tak kan isu genting begini tidak reti cari mana sumber autoritatif?
“Tapi mesej itu memang datang dari Jabatan Kajicuaca Malaysia bah!”: kata seorang Facebooker yang emo separuh gila. Hei, kamu ini manusia atau binatang? Ini alam siber, dunia tanpa saringan. Siapa-siapa pun boleh tulis dan sebar apa yang dia mau. Kalau saya pura-pura jadi Obama dan hantar mesej kononnya USA mau jatuhkan bom atom di KK: teruskah kamu nangis macam bapa keldai kontol tersepit di celah batu tanpa mempersoalkan kesahihahnya? Kalau ada orang mengaku Imam Masjidil Haram Mekah dan mengatakan bahawa Ramadhan kali ini ditunda sampai ke tahun depan: wajibkah percaya totok-totok selagi imam itu sendiri tidak nafikan?
Please-lah. Use your God-given brain! Cuba berfikir macam manusia yang cukup akal dan pendidikan. Bukan macam obor-obor yang hanya tahu mengawan dan makan. Kalau memang berita tentang ramalan gempa itu betul: kamu ingat kerajaan ini bodoh sangat tidak umumkan di radio dan tv secara besar-besaran? The fact that you didn’t even see it on mainstream news – should naturally have made you suspicious, no? Duh.


5)  I wish we could teach ‘common sense’ in schools and universities. Unfortunately we can’t. It is something that people are either born with or without. Sigh ~ feeling hopeless and rasamautetakkepalaorangdengankapaktembaga.
Itu tentang penyebaran info palsu. Satu lagi tabiat buruk penganut pseudosains ini adalah: suka kongsi fenomena-fenomena alam yang berlaku di sekeliling tanpa mengetahui secara tepat mekanisme sains di balik kejadian. Dalam situasi cemas sekarang, kadangkala tindakan begitu boleh mengundang pelbagai spekulasi yang bukan-bukan. Yang seterusnya menaikkan rasa panik kalangan orang awam.
Macam-macam yang disebar: sinar aneh di kemuncak Nabalu dan yang terbaru kilat tanpa guruh. Itu semua sebenarnya hanya fenomena yang agak biasa. Tapi kerana ketaksuban gampang pendokong mazhab sesat ini – maka ia menjadi sesuatu yang SANGAT luarbiasa dan menakutkan.


6)  Jalur yang menerobos keluar di gunung Kinabalu ditafsir dengan seribu kebimbangan negatif. Berdasarkan gambar dan video yang disebar, saya fikir ia cuma sejenis awan arkus. Puncak gunung ini memang biasa dipayungi awan lentikular yang menyerupai piring terbang (sejenis arkus). Terutama pada penghujung musim transisi monsoon begini, ketika sistem atmosfera agak dinamik dan kurang stabil. Kadang-kadang angin aras tinggi yang terlalu deras boleh menyerak rupa piring itu kepada bentuk vertikal.
Ada juga yang cakap itu mungkin aurora, cahaya terang yang terhasil akibat perlanggaran cas-cas electromagnet dengan oksigen/nitrogen di udara. They could be right also. I don’t want to dismiss this theory. But IMHO, the possibility of it being a type of arcus cloud is more probable. Why? Sebab aurora adalah fenomena yang lazimnya dicerap hanya di kawasan garis lintang tinggi, berhampiran dengan kutub. It is very, very, very unlikely to occur in the equatorial region.
Sebab itu kita cuma ada aurora borealis (hemisfera utara) dan aurora australis (hemisfera selatan). Kita tidak ada aurora equatris – sebab ia belum pernah berlaku di kawasan khatulistiwa. But the point is: either it is aurora or arcus cloud – both are harmless. Tidak perlu kepoh sampai tak ingat dunia!


7)  Kilat tanpa bunyi pun mengundang spekulasi macam-macam. OMG. Serius kamurang tidak pernah nampak kilat senyap? Selama ini kamurang berhibernasi di mana? Pada ceruk paling dalam di Gua Hira’? It is so damn common in Malaysia. Semalam pun saya nampak memancar-mancar saujana jauh di penghujung pantai Sabandar.
Fenomena ini dipanggil heat lightning. Semua kilat disertai oleh guruh. Cuma kadang-kadang kita tidak dengar bunyi. Sebab pada malam yang sangat gelap, kilat boleh kelihatan dari jarak sehingga 50-80 km. Tapi bunyi guruh hanya boleh didengar sejauh 20 km. Sebenarnya bukan tiada guruh. Cuma bunyinya tidak mampu dikesan oleh kapasiti deria dengar manusia. Pasal ia terlalu jauh.
Ada juga yang menyangka itu sebagai ‘earthquake lightning’ – yang biasanya dikaitkan dengan signal awal bagi insiden-insiden gempa bermagnitud tinggi. Apa lagi, ramailah yang panik sakan dan trauma perasaan. Kerana mula membayangkan yang bukan-bukan. Kilat gempabumi hanya terjadi ketika berlaku gegaran atau beberapa minit selepas itu. Bukan boleh berpanjangan sampai lebih sejam.


8)   Tak perlu pun sebenarnya ada PhD dalam klimatologi untuk tahu semua ini. Klik Google pun boleh dapat info rinci. Kalau malas meng-gugel, tanya orang yang tau. Jangan memandai sebar yang bukan-bukan. Mungkin niat kita baik – sekadar “sharing is caring”. Tapi kalau kita sendiri tak faham mekanisme spesifik fenomena itu (untuk dijelaskan pada orang yang bertanya nanti), ia boleh mencetuskan kekacauan mental. Sebab ayat-ayat innuendo kita ada kemungkinan akan disalahtafsir oleh penganut tegar pseudosains.
Saya tau, nanti ada yang akan mencebik: Hoi, jangan kau yakin sangat dengan sains semata-mata. Inilah peringatan Tuhan kepada manusia. Sebab itu kita perlu merasa gentar dan takut!
Saya pun ada agama bah. Merasa gentar pada peringatan Pencipta, itu ok. Saya sokong. Hidup ini memang bukan soal sains dan teknologi saja. Harus diimbangi juga dengan elemen rohani dan spiritual. Tapi perlukah wujudkan ketakutan melampau-lampau tanpa asas? Tuhan sendiri menyuruh manusia belajar memahami bagaimana alam semesta berfungsi supaya kita boleh bersimbiosis dan berharmoni dengannya. Bukan Tuhan suruh kita fobia sepanjang masa.


9)  Kalau kamurang tak mau berhujah atas landasan sains – dan berkeras mahu melihat dari sudut rohaniah semata-mata – kamuranglah yang patut paling insaf. Sebab jika ini adalah peringatan Tuhan kepada caramarba kehidupan manusia yang semakin terpesong – maka orang bermentaliti pseudosains inilah salah satu punca signifikan.
Ingat apa pesan Tuhan? Dunia akhir zaman akan dipenuhi oleh “orang-orang jahil yang mengaku ahli dalam sesuatu perkara” dan “fitnah akan berleluasa”. Bila orang yang tidak arif dengan isu geologi dan klimatologi tetapi taksub mau jadi saintis jadi-jadian, lalu menyebarkan pendapat-pendapat dusta – bukankah itu sudah memenuhi dua kriteria yang dipesankan Tuhan itu?

Kaki pembohong dan penyebar pembohongan!

Nota gambar: Buku “Dari Cinta Kepada Cinta” (ITBM, 2015). Penulisnya sedang mengumpul bala tentera cinta untuk melawan para penganut pseudosains. Siapa mau join?



2 comments:

  1. Aktifkan bullshit detector dlm otak utk sort out segala sampah dan menghasilkan output yg bagus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...