Monday, June 8, 2015

TANAK DUSUN BUNDULIWAN DAN SI AKI NABALU



i) Tiap kali tragedi berlaku, ramai manusia ingin menjadi Tuhan. Mereka taksub berfirman tentang kemungkaran, pembalasan, dosa dan pahala: dengan nada wahyu yang sangat yakin. Seolah-olah di dada mereka, terletaknya jiwa Tuhan yang maha mengetahui segala-galanya.

Setiap malapetaka di alam fana adalah rahsia Tuhan. Sama ada ia hikmah tersembunyi, pembalasan, peringatan, ujian atau dugaan: hanya Tuhan yang tahu motifnya. Manusia cuma perlu menerima dengan redha. Buat refleksi diri, kemudian mengambil iktibar dari segala musibah. Bukan hak manusia untuk saling menghukum sesama sendiri. Sebab itu adalah tugas asasi Tuhan, sang pencipta dan pentadbir dunia semesta ini.

Teori saya begini. Sebenarnya mereka kemaruk sangat mau jadi Tuhan sebab gagal jadi manusia. Tapi ingatlah, menjadi Tuhan bukan senang. Ia menuntut kualiti yang tidak mungkin dapat dicapai oleh insan biasa. Jadi nasihat saya begini. Kalau kamu tak reti jadi manusia, lebih baik pilih jadi binatang atau tumbuhan. Itu lebih mudah. Sebab mahu ikut perangai babi atau kacang lupakan kulit, tidak sesukar mahu meniru-niru keagungan Tuhan.



ii) Tidak kurang juga yang mahu jadi Menteri Internet sebab tiada kelayakan jadi Menteri Kabinet. Sekadar baca spekulasi yang disebar oleh angin teknologi, tapi sudah gigih buat judgement dan polisi-polisi khalayan sendiri. Itu tidak betul, ini tidak betul. Kerajaan tak pandai buat kerja, blah, blah. Patut begitu, patut begini. Riuhnya mengalahkan murai betina yang sedang sakit bertelur songsang.

Menjadi pemimpin bukan senang. Pilihan logistik yang dibuat pada saat-saat genting begini memang subjektif sifatnya. Setiap orang ada pandangan tersendiri. Tetapi proses untuk mencapai keputusan itu tidak subjektif. Ia adalah realiti. Ada orang buat keputusan sambil ampai-ampai di rumah surfing internet 24 jam. Macam ular sawa kenyang lepas menelan seekor ibu tenuk. Ini realiti pertama.

Realiti yang satu lagi: wakil-wakil penting autoriti (TPM, CM, wakil parlimen dan ADUN Ranau, etc) turun ke kawasan kejadian. Meninjau semua tempat yang kritikal. Mendengar sendiri dari pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dengan bencana. Bukan saja melihat dengan mata sendiri kerosakan-kerosakan yang berlaku, bahkan turut merasa dari dekat perkongsian tangis dan rintihan mangsa. Semua itu beroperasi di LAPANGAN SEBENAR. Bukan dalam media sosial di komputer riba atau smart iPhone.



iii) Persoalannya sekarang: adakah wira-wira siber yang mengularsawa tapi kepoh di media sosial, lebih tinggi martabat daripada orang-orang yang turun dengan tulang kaki ke lapangan sebenar? Ya, tidak salah beri pandangan. Kita semua ada pendapat dan berhak suarakannya. Tapi jangan lebih sudu dari kuah. Kongsikan dengan semangat mahu bantu agar situasi bertambah baik. Bukan dengan niat meremeh-remehkan usaha orang lain.

Kalau kemaruk mau jadi menteri, senang saja bah. Pakai songkok, buat poster besar-besar. Tulis nama penuh ikut IC, kemudian bertanding dalam pilihanraya. Gerenti ada peluang jadi waibi, dan siapa tahu boleh jadi menteri. Bukan tempek gambar gampang ntah apa-apa, kemudian letak pula nama sial yang tidak dikenali. Lepas itu, melalak-lalak di FB macam tupai liar yang putus ekor digilis lori balak.

Kita tidak boleh sembuhkan luka dari tragedi dengan melontar seribu spekulasi dan menyalakan api benci. Kerana sengketa hanya menyimbah garam kepada luka yang sudah terlalu pedih. Dalam detik-detik berkabung begini, yang kita semua perlukan adalah cinta. Ya, tiada yang lain, kecuali cinta sesama kita.



iv) Ada juga yang tekun melaga-lagakan pihak yang terlibat dalam operasi SAR (search and rescue). Menyanjung para malim gunung dan penduduk kampung, itu tidak mengapa. Memang wajar. Tetapi mengutuk dan mencemuh ahli-ahli pasukan penyelamat lain: ini jijik lagi menjijikkan. Saya agak sensitif pasal ini, sebab saya ada ahli keluarga dan kawan baik yang terlibat dalam SAR: sama ada atas kapasiti agensi berautoriti, malim gunung mahupun sukarelawan penduduk. Mereka semua berkoordinasi dengan baik, tanpa sebarang prejudis dan prasangka. Tidak timbul isu siapa buat kerja lebih, siapa yang tidak.

Malim gunung (majoriti) dan penduduk kampung adalah natif Dusun Bunduliwan yang terkenal dengan sifat santun dan rendah hati. Mereka tidak ketagih sanjungan. All they want to do is to help the stranded climbers and bring them to safety. Secara natural, tentulah mereka akan jadi tulang belakang penting dalam usaha-usaha mencari dan menyelamat. Sebab seluruh kehidupan, inilah dunia mereka. They know this place much better than anyone else. Bagi orang luar, gunung ini adalah Kinabalu, kemuncak tertinggi di Malaysia. Bagi natif Bunduliwan di sekitar pergunungan, ini adalah "Aki Nabalu”.

Mereka bukan saja kenal secara fizikal segenap liku dan ceruk terrain banjaran serta rimba Nabalu. Mereka juga ada ikatan spiritual yang kuat dengan tanah leluhur ini. They don’t get intimidated by the ‘angry mountain’. They don’t fear to be buried alive. Because for them: this is their “Aki Nabalu”. Tempat persinggahan dan semayam roh nenek moyang. If anything bad happens, it is an honour to face a death there.



v) Itulah semangat malim gunung dan penduduk natif. Jadi, individu begini (yang tidak dihantui ketakutan) yang perlu terajui inisiatif SAR di baris hadapan. Because when you don’t have fear, your hearts and minds will function more orderly. Thus, you can make a much better decision at the most critical moment. Tidak perlu mencemuh para pasukan penyelamat yang seolah-olah jadi “second fiddle” dalam operasi ini. Prinsipnya mudah. Let the best persons handle the toughest tasks. Yang lain boleh selaraskan hal-ehwal logistik di pusat bantuan. Tolong menolong.

Tahukah kamu apa yang tertulis di poin tertinggi Gunung Kinabalu? Meski kemuncak itu dinamakan Low’s Peak (kerana ia ditawan kali pertama oleh explorer Inggeris, Hugh Low): namun tugu memori yang bertakhta di sana adalah tentang Gunting Lagadan. Seorang natif dari Bundu Tuhan (tempat asal kedua ibubapa saya) yang menjadi guide (malim gunung) kepada rombongan Sir Low. Transkripsi pada tugu itu ditulis dalam Bahasa Dusun dialek Bunduliwan: “Id Kahandaman di Gunting Lagadan Huguan Mana-Nanud Id Nuluhan Kinabalu 1888-1966”. Yang bermaksud: “Tanda Peringatan Untuk Gunting Lagadan, Ketua Malim Gunung Kinabalu 1888-1966”.

"Ketua Malim Gunung” (Huguan Mana-nanud Id Nuluhan) sebenarnya satu transilasi yang kurang tepat, sebab konteks budaya “huguan” dalam tradisi Dusun adalah lebih tinggi. Ia bermaksud “paramount leader/chief” (supreme, more important than anyone else!). Gunting Lagadan hanya simbol huguan. Tapi hakikatnya, seluruh natif Bunduliwan di pergunungan ini (Bundu Tuhan, Kiau, Komburongoh, Kundasang) adalah “huguan mana-nanud id nuluhan Kinabalu” yang sejati. That is why the inscription is sealed neatly at the highest peak of Nabalu: to remind everyone that nobody understands this majestic mountain more than we, the Nabalu Bunduliwan natives, do.



vi)  Sehari selepas gempabumi, saya pulang ke Kundasang untuk meraikan perkahwinan anak perempuan sulung abang saya di Dewan Masyarakat. Anak saudara saya bertemu jodoh dengan jejaka dari Pitas. Sungguhpun kampung halaman mereka terpisah oleh rabung gunung - yang perempuan di selatan, yang lelaki di utara, dan Kinabalu di tengah-tengah - namun jodoh mereka tetap bertaut mesra di bumi permai Kundasang.

Sebelum pulang ke KK, saya sempat ambil gambar berlatar Kinabalu yang megah menjulang. Agak sedih sedikit melihat ‘luka-luka’ pada gunung akibat runtuhan. Selalunya Aki Nabalu kelihatan gagah dengan satu nada warna dari puncak sampai ke kaki. Tapi kini ia kelihatan seperti pahlawan yang calar-balar ditusuk seribu pedang. But I know for sure, time will heal everything. We will survive this.

Bagi orang luar, mungkin gempa itu telah menukar persepsi mereka secara drastik tentang Kundasang yang penuh pesona dan permai. For us, it doesn’t change anything. Kami masih mensyukuri kurnia Tuhan atas tanah yang makmur dan indah ini. Kawasan ini memang terletak hampir dengan epicenter gempa, yang mencetuskan getaran setiap 20-25 tahun (berdasarkan trend statistik geologi). Sebelum ini, ia pernah berlaku pada tahun 1966 dan 1991 (Note: There could be earlier events pre 1960s, but perhaps they are not properly recorded).



vii)  Maksudnya apa? Selama 25 tahun, Tuhan menghadiahkan kami keindahan struktur semulajadi Nabalu yang menakjubkan dan hawa gunung yang segar SETIAP HARI. Dalam tempoh itu pula, kami cuma diberi gegaran selama 10-20 saat.

Saya fikir Tuhan maha adil lagi penyayang. Tidak wajar kita kufuri nikmat bertahun-tahun hanya kerana kifarah beberapa saat. Yang nyata, kurnia positif dari-Nya jauh lebih banyak dari dugaan negatif. Marilah kita semua berterima kasih dan bersyukur.

Takziah kepada semua keluarga mangsa, dari kalangan natif dan luar. Percayalah, tiada luka yang tidak boleh disembuhkan. Together, we all will heal. Have trust in HIM.

3 comments:

  1. Paling suka entry ini.... Minta halal Dr. Rem copy tanpa mengubah isi kandungan dan penulis asal.. Mahu share dlm blog saya, kawan dan group WhatsApp...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...