Wednesday, December 2, 2015

PENGKHIANATAN TERHADAP MALIM GUNUNG?


POSTCRIPT:
Saya dan Dr. Jamili Nais (Pengarah Sabah Parks) telah berhubung menerusi telefon berkenaan isu ini, dua jam selepas entri ini dipolemikkan di laman sosial. Beliau menjelaskan bahawa papantanda "id kahandaman" (dedikasi kepada malim gunung) itu sedang diperbaiki dan akan dikembalikan ke puncak Gunung Kinabalu.
Jadi saya harap kita semua menerima penjelasan dan jaminan ini dengan hati senang dan terbuka. Yang penting, inskripsi yang ikonik itu akan kembali ke tempat asalnya. Mungkin dengan wajah dan rupa fizikal yang baru. Tetapi semangatnya tetap sama.
Terima kasih semua atas sokongan dan keprihatinan terhadap nilai warisan Aki Nabalu. - Rem Dambul
.
The original post is here:
PENGKHIANATAN TERHADAP MALIM GUNUNG?

1.  Kemuncak Kinabalu dibuka semula kepada pendaki awam bermula kelmarin, 1 Disember 2015. Tarikh keramat ini secara simbolik menguburkan memori pahit tragedi gempabumi hampir enam bulan dulu. Detik penting ini juga membuka lembaran baru bagi penduduk natif di sekitar pergunungan, yang majoriti sumber ekonominya bergantung pada industri pelancongan.
Ya, kelmarin sepatutnya hari bersejarah yang indah untuk dirai bersama. Sayang sekali, ia tidak semanis yang disangka. Selaku anak jati Bunduliwan yang lahir di Kundasang dan membesar di daerah pergunungan ini – biar saya beritahu kenapa.

2.  Sebelum tragedi Gempa 5/6, mercu tertinggi gunung ini – Low’s Peak – ditandakan dengan tugu inskripsi, satu apresiasi kepada pelopor malim gunung, Gunting Lagadan. Catatan itu ditulis dalam dialek Bunduliwan yang bermaksud: “Sebagai tanda peringatan kepada Gunting Bin Lagadan ketua malim gunung di banjaran Nabalu 1888-1966.”
Inskripsi ringkas ini sungguh bermakna dari segi sosiobudaya dan warisan sejarah. Ia bukan sekadar penghormatan peribadi kepada Gunting Lagadan yang menjadi ketua perintis ahli penunjuk jalan ekplorasi ke kemuncak tertinggi Malaysia ini. Ia juga sekaligus memahat pengiktirafan kepada komuniti lokal (Dusun) yang secara tradisi dianggap sebagai “penjaga Aki Nabalu”, dan merupakan komuniti natif yang benar-benar memahami liku-liku terrain pergunungan ini.
Sebab itu, sekalipun kemuncak tertinggi itu dinamakan ‘Low’s Peak’ (sempena explorer Inggeris yang cuba menakluk gunung itu buat pertama kali lebih 100 tahun dulu); namun pada tugu peringatan di kemuncak, nama yang diabadikan adalah Gunting Lagadan. Ini secara tersirat menobatkan pelopor malim gunung ini sebagai kunci utama kejayaan eksplorasi menawan Nabalu. Betapa genting dan penting peranan malim gunung tempatan kerana hanya mereka yang mempunyai kearifan lokal dan hubungan spiritual dengan Aki Nabalu.

3.  Ketika tragedi gempabumi, malim gunung Bunduliwan (yang berasal di sekitar Banjaran Crocker) – telah menjadi teraju hadapan bagi kerja-kerja mencari dan menyelamat. Mereka pamerkan kemahiran fizikal dengan menguasai secara tuntas setiap liku dan keluk pergunungan. Mereka juga tunjukkan dedikasi dan nilai kemanusiaan yang tidak terbanding. Ini semangat yang mereka warisi daripada perintis malim gunung tersohor, Gunting Lagadan.
Empat malim gunung terkorban ketika berada di via ferrata. Mereka ditemui dalam posisi cuba melindungi para pendaki dari dihempap runtuhan batu dengan menjadikan tubuh mereka sendiri sebagai perisai. Itu lambang keberanian dan sikap tanggungjawab markat tertinggi. Supani Tuboh (penduduk Kiau Nulu, tidak jauh dari kampung asal Gunting Lagadan) bersama beberapa malim gunung yang tersadai di kemuncak selepas insiden gempabumi menggunakan seluruh naluri dan kearifan tempatan untuk merancang strategi keluar. Hingga mereka berjaya membawa 167 pendaki yang terperangkap ke tempat yang selamat. Sedangkan pasukan S & R profesional pun tidak mampu membantu pada ketika itu.
Nampak tidak? Betapa unggul sumbangan para malim gunung tempatan yang termaktub dalam sejarah (Gunting Lagadan), dan tersurat pada era kontemporari (gempabumi 2015). Maksudnya, inskripsi penghargaan pada mercu tugu tersebut bukan retorik semata-mata. Ia terbukti mempunyai merit dan kredibiliti yang sahih.

4.  Persoalannya – kenapa tiba-tiba Sabah Parks menurunkan mercu tugu itu dari Low’s Peak ke kawasan Laban Rata? After the heroic efforts shown by our selfless and courageous mountain guides in the aftermath of the disastrous earthquake: that is how we honour them? By demoting their ‘id kahandaman' pride from the Low’s Peak to the lower ground?
Bagi yang benar-benar faham, tugu tersebut bukan sekadar simbol. Ia adalah warisan sosiobudaya. Ia adalah manifestasi maruah dan penghormatan. Ia adalah item sentimental yang telah mengabadikan nostalgia ratusan ribu pendaki seluruh dunia sebelum ini. Kerana di poin tertinggi itu, mereka rakamkan foto kenangan bersama sebuah tugu inskripsi yang sungguh ikonik.
The decision to remove it and get replaced by a new one with no historical and sociocultural significances – is definitely unjustifiable. It is not only a super poor judgment, but it is also a lousy bad-taste move. Clearly the brains behind the idea don’t understand what is the real meaning of heritage. Ia bukan sekadar menukil keagungan dan kekuatan landskap geologi (seperti yang dimegahkan oleh inskripsi baru tersebut); ia sepatutnya merakamkan citra sejarah, sosiobudaya dan tradisi kemanusiaan.

Artikel asanya tu di sini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...