Tuesday, December 1, 2015

NILAI KEBAPAAN


Ini cerita semalam. Mengopi di taman bersama Duku dan Le Blue. Dua-dua rindukan tuannya yang baru balik dari out-station selama tiga hari.
Saya selalu diusik kawan-kawan. Kau bila lagi mau jadi bapa? Tengok anak-anakku yang ramai, semua sudah besar-besar belaka.
Saya fikir nilai kebapaan bukan sekadar diukur pada kemampuan menghasilkan anak, kemudian kasi mereka makan-minum sampai besar. Yang lebih penting adalah keupayaan memikul tanggungjawab spiritual nan hakiki; iaitu memberi cinta, perhatian dan didikan secukupnya.
Lelaki yang berjaya mengasuh anjing dan kucing jalanan menjadi sebegitu intim-mesra seperti adik-beradik – itulah kualiti sebenar seorang bapa misali. Bukannya orang yang ada zuriat berderet-deret. Tapi perangai anak-anaknya macam anjing dan kucing; bukan seperti adik-beradik. Bercakaran memanjang. Ketara sangat kurang diberi kasih sayang.
Statement ini bikin sentap tidak? Haha.

Artikel asalnya tu di sini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...