Monday, November 16, 2015

PRAY FOR PARIS

"Pray for Paris tu tak salah, yang salah, ini dah pukul berapa, kau tak pray subuh lagi":Basri Nor Mohd (2015). Saya amat setuju dengan gagasan maha sentap ini!

1.  Orang kita memang gemar melaga-lagakan isu yang trivia. Kalau banyak sangat masa lapang dan tenaga lebihan, cubalah tambah tempoh jadual senggama. Biar batin isteri atau suami lebih puas dari biasa, agar ikatan pun bertambah kuat. Saya rasa itu lebih baik, dari membuangnya untuk hal-hal remeh. Berdoa demi kemanusiaan sejagat, bukankah itu ajaran dan akhlak Islam? Tidak kiralah untuk Paris, untuk Ulan Bator, untuk Palestin, untuk Acheh atau untuk Hiroshima. Ada masalah?

Pilihan saya pun kadang-kadang dipolemikkan: "Erk, kenapa buang duit begitu banyak untuk kucing-kucing jalanan? Kamu taukah ada berapa ramai fakir miskin dan anak-anak yatim di sekitar petempatan kamu?” Saya jujur mengaku tidak tau statistik masalah kebajikan penduduk di keliling saya. Tapi yang saya mau tau: apa sumbangan kamu sendiri untuk bantu golongan yang tak bernasib baik ini? Kamu tidak ternak kucing, tentu ada banyak duit ekstra untuk diamaljariahkan.

2.  Setiap kita ada 'seru' yang tersendiri. Manusia berdoa dan berjariah menerusi pilihan cara masing-masing. Yang akan sampai kepada-Nya bukan ditentukan oleh kaedah dan cara. Hal itu adalah rahsia mutlak Tuhan sepenuhnya. Tiada yang tahu doa/jariah siapa yang akan diangkat ke langit. Jadi, usahlah remehkan mana-mana, sekalipun ia nampak begitu kecil dan tidak signifikan. Di mata Tuhan, siapa tahu?

Meski pun dunia ini tepu dengan kemelut, konflik, derita dan musibah: tapi ada lebih tujuh bilion penduduk bumi, dan lebihkurang 30 juta di Malaysia yang boleh menebat gejala-gejala itu. Setiap manusia dihadirkan ke dunia dengan manfaat tertentu yang khusus. Ada yang diberi amanah menjaga alam sekitar yang terancam, ada yang ditakdirkan memberi makan anjing-anjing jalanan, ada yang didatangkan untuk membantu anak-anak terbiar, ada yang mendukung peranan penyelamat wanita dari jadi mangsa pemerdagangan hamba seks, etc. Jika semua orang mainkan tanggungjawabnya, dunia dan negara kita akan lebih sejahtera.

3.  Persoalannya: pernahkan kita refleksi diri, supaya sedar apakah bentuk amanah yang 'diserukan' untuk kita, kemudian berikhtiar cuba mengisinya? Atau kita lebih ghairah mengambilalih kerja Tuhan; sibuk mahu menentukan sukatan, ukuran dan merit bagi setiap amal orang lain?
— at Rumah Pangi, Tuaran.


Artikel asalnya tu di sini...


1 comment:

  1. Setuju. Ramai yg masih gagal membezakan baik buruk dan tapi sendiri-sendiri rasa mulia mcm malaikat wpun hati penuh prasangka dan takbur.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...