Wednesday, November 18, 2015

MATLAMAT PENDIDIKAN



1.  Matlamat utama pendidikan adalah untuk membina ‘character’. Mengasah kepintaran akademik – itu hanya salah satu domain kecil dalam aspek pembelajaran yang sangat luas cakupan. 

Tanpa pesona dan karisma, ilmu dan intelek juga tidak akan bermakna. Sebab kekuatan peribadi adalah platform yang amat diperlukan untuk menterjemah bakat akademik menjadi aset yang berguna. ‘Character’ tidak dapat dibina dengan lengkap jika sekadar duduk dalam kelas sambil dengar kuliah bertele-tele; atau membaca kitab bertubi-tubi; atau datang tuition bertalu-talu.

2.  Sikap, atitud dan jatidiri – ini semua dipupuk dengan efektif menerusi simulasi sebenar di lapangan. Misalnya: berlari di pantai dengan kawan-kawan ketika dibubut anjing liar; atau sesat di belantara semasa pergi camping ramai-ramai; atau dimaki-hamun pembeli kerana menghidangkan burger hangit masa buka gerai jualan di sekolah atau kolej.

Terjahan masalah menjadikan kita lebih yakin pada diri. Kekangan sumber akan mencabar kita untuk bertambah kreatif. Konflik sesama manusia membuat kita belajar menghargai kenangan dan persahabatan. Kemudian di atas nilai-nilai peribadi ini – kita boleh aturkan ilmu yang kita dapat di kelas dan kuliah dengan susunan-susunan yang lebih bermakna.

3.  Itulah tunjang dan roh pendidikan yang sebenar: membina ‘character’, bukan sekadar memupuk IQ dan daya kognitif. Tapi jangan salah faham pula. Ini bukan bermakna kita tidak boleh bergembira dengan A yang tercatat pada sijil keputusan akademik. Meraikan kejayaan dan pencapaian (tidak kira apa skala dan status) – ini juga satu proses pembinaan ‘character’ yang penting!

Sebagai misalan. If my parents HAD NEVER shown appreciation for my effort and achievement when I was a kid – I would probably have ended being a broken person. Bukan sebab A itu wajib dipuja-julang. Tidak! Tapi selaku anak kecil yang baru mula mengenal liku-liku kehidupan – saya perlu diyakinkan bahawa tidak ada pengorbanan yang sia-sia. Setiap satunya mendukung erti signifikan tertentu.

4.  Jadi, poin saya dalam entri ini? Kita perlu hayati asas sebenar falsafah pendidikan. Bahawa tunjangnya terletak pada ‘karektor diri’, bukan pada ‘kertas sijil’. Tapi jangan pula terlalu sinikal terhadap pencapaian akademik. Perlukah?

It is perfectly okay to be happy and be proud of your academic achievement. Every success should be celebrated, because it is an opportunity for us to self-reflect; and relearn to appreciate the real value of hardworks and sacrifices. What we should not do is – to allow it defining who we are, and where our future would be. Maksudnya, ketika bergembira – kita bukan mentaksubi gugusan A itu semata-mata, tetapi meraikan proses-proses yang telah membawa kepada pencapaian tersebut.

5.  Lain kali kalau ada kengkawan riang ria dengan pencapaian anak-anaknya – jangan tunjuk akhlak yang rendah dengan kata-kata sinis – “Alah, aku dulu tak ada A pun. Tetap jadi manusia juga!” Seriously, is that really necessary?

Anak-anak itu pun bukan mau menagih-nagih sangat pengiktirafan (mungkin sekadar ingin kepedulian); dan kamu juga tak perlu pun defensif sangat dengan masa lalu yang agak sumbel. Setiap manusia ada takdir tersendiri. Meraikan kejayaan bukan semestinya berniat mahu membanding-banding atau bertanding-tanding sesama kita.

Tiada salahnya memberi ucap tahniah kepada semua pencapaian sahabat taulan dan sanak famili. Sebab menyambut setiap nikmat dengan hati gembira (tidak kira nikmat tersebut diberi pada siapa) – itu sebenarnya cara terbaik untuk kita tunjukkan rasa syukur.

Artikel asalnya tu di sini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...