Thursday, November 19, 2015

MY COURAGEOUS HEROES


Kelmarin balik lewat malam dari opis. Dalam gelap samar-samar, kami disambut seekor ular hitam sepanjang hampir tiga kaki di dapur rumah.

Fuh, melompat kijang juga. Mujur kepala ular itu rupanya sudah putus, dikerjakan team kekucing Rumah Pangi. Begitu mulia hati haiwan-haiwan ini terhadap tuan mereka. Selepas dipungut dari lorong terbiar, diberi makan dan perlindungan; mereka balas jasa dengan terimakasih paling berani. Menggadai nyawa semata-mata mau pertahankan rumah tuan dari penceroboh berbahaya.

Lain halnya dengan manusia. Meski sesudah kita tabur segunung budi; ramai yang akhirnya bertukar jadi ular. Kemudian diam-diam memagut dari belakang dengan patukan yang sangat berbisa. Sigh.

Thank you my courageous heroes!

Artikel asalnya tu di sini....

1 comment:

  1. Ya betul tu. kucing2 saya lah penghibur dikala duka. Pandai2 ja buat muka konon comel tu (memang comel juga sebenarnya) untuk pujuk saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...