Friday, November 13, 2015

LUKA HATI SI AKI NABALU

Begini hasilnya bila dua artis berbeza aliran menjalin kolaborasi (Rem Dambul – dudel &Rais Rushdan – senihalus). Karya terbaru kami yang dirancang untuk Pameran Sabah 52 Tahun. Apa tajuk yang sesuai? Cuba bah kamu kasi cadangan. 

Pemenang bagi peraduan ‘beri judul terbaik’ ini akan dapat hadiah paling meletop. Ya, kamu boleh ambil pelukisnya sebagai calon suami. Ada dua orang. Boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati. Tidak semestinya pilih saya. Dua-dua pun tampan juga.

Nanti ada yang gatal tanya: bolehkah lelaki masuk peraduan ini? Kenapa pula tidak. Kalau lelaki itu benar-benar minat mahu bersuami dan rasa layak bersaing dengan wanita, tiada sebab peluang dia perlu dihalang. ðŸ˜Š Sebagai pejuang tegar keadilan, saya amat tidak suka pada sebarang bentuk diskriminasi gender. Kamu suka?

luka hati si aki nabalu

lidahnya ada gelung api yang menyambar
matanya ada percik bunga yang menggoda
bagai cinta Sang Kuriang pada Dayang Sumbi
penuh pilu berahi dan misteri berliku-liku
— at Rumah Pangi, Kg Sabandar.


Artikel asalnya tu di sini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...