Wednesday, November 11, 2015

SARAPAN CITRA TEMPATAN


Jom sarapan dengan kulinari ikonik Tuaran bercitra tempatan: pecal dan nasi kuning. Untuk lebih sihat, gandingkan juga buah-buahan organik tanaman sendiri. Jangan malu berkebun. Kajian saintifik menunjukkan bahawa 95% wanita akan terpesona dengan lelaki yang rajin bertani. Kerana mereka anggap ciri-ciri kepetanian itu adalah lambang lelaki sado dan seksi yang sejati.

Malangnya hobi berkebun ini saya mulakan terlalu lewat, hanya selepas menopause. Kalaulah saya mulakan sejak zaman muda beliawan dulu, mungkin saya sudah lama direbut dan dimiliki. Ahhh, just forget it. Sigh.

Satu hal lagi. Jangan sesiapa cuba fitnah lelaki dalam gambar ini ya. Sumpah, tidak ada sebarang item dalam menu yang melanggar undang-undang perlindungan spesies terancam. Kalau kamu nampak macam ada, itu tandanya muka kamu perlu ditampar berkali-kali. Sebab ketara masih 'kogutan'. Tengok betul-betul bah.

Glosari:
kogutan (Bahasa Dusun): morning hangover
— at Kampung Sabandar, Tuaran.

Artikel asalnya tu di sini...

1 comment:

  1. tuan rem... yang kaler kuning macam bola pingpong tuh apa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...