Friday, October 23, 2015

SEMOGA HIDUP DIRAHMATI

Percubaan nekad seorang lelaki yang baru putus kasihsayang untuk bunuh diri, sambil disaksikan oleh Aki Nabalu yang masih calar balar. Biarkan dia. Jangan peduli, jangan ditegur, jangan juga dicemuh. Melainkan cara dia mau bunuh diri itu boleh membahayakan nyawa makhluk lain ciptaan Tuhan.

Misalnya, dia memecut kereta dengan ganas di tebing jalan yang sempit – macam kuntilanak mengamuk tak cukup tanah – tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya lain yang memandu dengan penuh berhemah dan sabar di lorong yang betul.

Sekian pesanan untuk komuniti sivil pada hari ini. Salam Jumaat mubarak, semoga hidup kita semua dirahmati.
— at Desa Cattle Dairy Farm,Kundasang.


Artikel asalnya itu di sini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...