Wednesday, October 21, 2015

SEAWAL JAM ENAM

Keluar awal pagi jam enam. Tapi jalan sudah sesak. Susunan kereta panjang berpupul-pupul. Hati yang rawan menjadi radang, bila datang pula gerombolan tanjing. Yang cilok sana-sini sesuka hati. Seolah-olah jalanraya ini milik abadi mereka.

Tanjing adalah sejenis haiwan liar dari spesies bapatapiribuanjing. Habitat aslinya adalah kawasan-kawasan tepi jalan; dan selalu ditemui berkeliaran dengan banyak pada hari-hari yang sibuk. Rupa biologi mereka ini ada macam-macam variasi. Antara yang pernah saya jumpa:

Lelaki tua berketayap putih; dan wanita tudung labuh duduk di sebelah. Terhegeh-hegeh mereka potong dari tepi jalan tanpa rasa berdosa. Mungkin mereka ingat hanya Tuhan yang perlu disantuni. Sedang manusia lain, mampus kaulah. Apa aku peduli! Atau mungkin dia sangka lorong kecemasan itu adalah laluan ekspress menuju syurga. Shame on you pasangan tua tak sedar diri. Lain kali keluar bertelanjang lagi bagus. Sesuai dengan taraf akhlakmu. Tidak perlu bertopeng dengan pakaian ala-ala serambi Mekah.

Perempuan separuh baya bawa tiga anak kecil di kerusi belakang. Memecut deras di bahu jalan tanpa sedikit pun rasa was-was. OMG, what do you think you are doing bitch? Unnecessarily exposing your innocent kids to extreme safety risks? Orang seperti itu patut ditangkap, kemudian ditelentangkan di padang yang luas tanpa sebarang pakaian. Kemudian panggil tailor tersohor Malaysia suruh jahitkan p___ dia dengan benang nylon, dan hujungnya nanti disimpul mati ketat-ketat. Biar tertutup mutlak untuk selama-lamanya pintu persenyawaan ovum dalam ovarinya. This kind of woman does not deserve to be a mother!

Lelaki jalang dan kereta mewah yang besar. Mencilok dari tebing jalan dengan muka penuh bangga dan ego, melepasi puluhan kenderaan lain. Kereta saja yang sofistikated tahap dewa. Tapi perangai lebih busuk dari jamban gunasama di perkampungan setinggan yang sangat padat penduduk. Orang begini pun patut ditangkap, kemudian tambat pada tiang letrik di tengah-tengah bandar. Biar semua orang datang ramai-ramai memukul lolou dia dengan batang tebu sampai kantung sperma pecah. Sekurang-kurangnya dia berjaya dihalang dari hasilkan zuriat yang mungkin bakal mencontohi teladan bapanya yang maha durjana itu.

Malaysia berada dalam ranking ke-25 dunia (Top Tier!) bagi jumlah fataliti tertinggi akibat kemalangan jalanraya, iaitu sebanyak 30 bagi setiap seratus ribu penduduk. Purata bagi dunia hanya 18 saja. Bermakna – indeks kematian kita hampir sekali ganda dari kadar normal! Kajian juga menunjukkan bahawa lebih 90% kemalangan jalanraya di Malaysia disebabkan oleh pemandu yang cuai, gopoh dan tidak bertimbangrasa. Bukan disebabkan oleh jalan berlubang, lorong tak berlampu atau sebab ada kucing melintas.

Apa perasaan ahli-ahli keluarga lebih enam ribu orang yang maut di jalanraya setiap tahun kerana kebebalan pemandu? Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka: isteri yang hilang suami, anak-anak yang hilang ibubapa, serta generasi beliawan yang hilang kaki dan tangan? Sebab itu saya sangat anti dengan tanjing-tanjing jalanan ini – kerana mentaliti gelojoh begitulah yang bakal menyumbang kepada statistik kecelakaan nan sadis.

— at Jalan Sulaman - UA - Indah Permai.


Artikel asalnya tuh di sini....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...