Monday, October 26, 2015

BAHASA EKONOMI



Setujukah tuan dan puan 
bahawasanya bahasa ekonomi
yang telah berkumandang di parlimen

wajib ditutur dengan slanga majmuk
mengikut jurang geografi dan demografi?

Lingua urban dan dialek desa
tidak pernah serupa
dalam membahaskan pergelutan hidup,
misalnya sekampit beras di Pulau Banggi
masih tak standing secubit garam di Bangi
bukankah?

Begitu juga kembara pembangunan wilayah
hanya disusur oleh Borneo buat kali pertama
sesudah Malaya menamatkan perjalanan kedua,
maka perkongsian yang dicita-citakan bersama
menjadi hutang zaman yang perlu dilunaskan.

Ya, meski pun kita semua satu Malaysia
timbangan untuk mengarifi bahasa ekonomi
harus disukat pada citra tempatan tiap komuniti
kerana bukan seluruh pelusuk negara ini
dibangunkan dengan sejarah masa lalu
dari permulaan dan kekayaan nan saksama.

Teluk Sepanggar
26 Oktober 2015

#bajet2016
Artikel asalnya itu di sini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...