Thursday, April 23, 2015

SIMPANG MENGAYAU TELUK MARUDU



1. Wilayah utara Sabah yang rencam etnik dan terkenal dengan morfologi tanduk (Simpang Mengayau dan Teluk Marudu); bukan saja istimewa kerana tarikan budaya dan keajaiban geologi. Ia juga menyimpan banyak rahsia terpendam. 

Tidak jauh dari pesisir, ada tinggalan kapal karam purba yang menawarkan syurga arkeologi di dasar lautan. Dari segi sosioekonomi, di sini tersorok daerah termisikin di Malaysia. Dari sisi klimatologi, ia diklasifikasi antara lokasi paling sensitif kepada perubahan iklim dan cuaca. 



2. Hari ini, saya bersama sekumpulan pelajar UMS mula menjalankan projek 'outreach' di Pitas (23-25 April 2015). Ia berkonsep '2 dalam 1': kerjalapangan + khidmat komuniti. Akses kepada sumber alam amat penting di sini, kerana kehidupan majoriti penduduk masih bergantung tegar kepada ekonomi primer. Selain mengatur program motivasi dengan pelajar, kami juga cuba mengkaji pengaruh dinamika iklim terhadap cabaran penggunaan sumber semulajadi dalam kalangan komuniti tempatan.

Kami tidaklah bercita-cita besar, mau merobah kehidupan mereka dengan memberi penyelesaian. Kami cuma mau merungkai secebis misteri yang tersembunyi di daerah ini, kemudian merumusnya jadi secubit ilmu dan informasi. Terpulang pada pihak autoriti dan pemegang mandat implementasi untuk menterjemahnya kepada strategi dan solusi. Itu pun jika dapatan kajian kami relevan dalam konteks praktikal.



3. Ramai yang tidak faham dengan fungsi para saintis dan ilmuan. Hingga selalu mencebik: apa guna kamu buat penyelidikan di sana-sini, kalau tidak tahu mencipta jalan penyelesaian? Saya ingin tanya balik: kalau para sarjana macam kami diberi kerja membuat diagnosis isu-isu kritikal di lapangan (menerusi penyelidikan), kemudian kami juga yang wajib mengolahnya kepada pelan tindakan di dunia realiti; habis apa pula tugas ahli politik, penggubal polisi, para pegawai dan pekerja sokongan yang berada di pelbagai jabatan operasi seluruh negara? Mereka digaji untuk apa kalau semua urusan sudah kami tanggung? 



Digaji untuk goyang kaki dan goncang telur sendiri, sambil pura-pura memantau bagaimana kami bekerja? Digaji untuk bergedik-gelinjang sepanjang tahun di opis, sambil makan angin merata-rata? Manusia bukan superman, yang mampu buat semua kerja seorang diri. Kita masing-masing ada obligasi, sebab negara ini kepunyaan kita bersama.



Jadi, setiap individu perlu mainkan peranan yang telah digalaskan ke atas bahunya. Barulah hidup kita rukun-damai dan sweet, kan?



Notakaki:

Fatonah Munsai kenapa sabah diklasifikasi sebagai kawasan sensitif klimatologinya? Dr. Rem Dambul

Rem Dambul Fatonah Munsai, Sabah lebih sensitif sebab terdedah kepada pengaruh angin monsun dari tanah besar China (direct selepas merentas Laut Cina); dan pengaruh sirkulasi El Nino/La Nina dari Lautan Pasifik. Terlalu teknikal? 

Ringkasnya beginilah: Sabah lebih "dekat" kepada sumber-sumber tenaga atmosfera yang berfungsi "mengolah" pola dan bentuk iklim Malaysia.


Fatonah Munsai patutlah Dato' Azizan Abu Samah, pensyarah klimatology UM (mungkin Dr Rem Dambul kenal?) mencadangkan saya buat thesis pasal ENSO di sabah. 

pendapat saya : sebab kedudukan sabah berdekatan dengan kepulauan indonesia yang mana lokasinya paling rendah tekanan di kawasan perairan pasifik tropik. 


adakah pendapat saya salah?


Rem Dambul Dato' Azizan adalah mantan pensyarah saya dulu di UM. 

Mungkin juga salah satu punca. Sebab ciri-ciri kepulauan maritim Indonesia boleh menjadi salah satu penarik sirkulasi sinoptik (ENSO) dari wilayah Nino Lautan Pasifik.



Exactly today (24/4/2015), 5 years ago. Hari ini dalam kenangan... 


Menghayati keindahan pelantar laut Teluk Marudu dari Indah Chalet. Jangan terpedaya dengan laut yang tenang ini. Pada musim transisi monsun, ini adalah kawasan yang paling bergelora. Hasil pertembungan arus pesisir dari Laut Sulu dan Laut Cina Selatan. Pada zaman dulu, banyak bahtera besar dari China karam di sini kerana tergoda dan terpedaya dengan ketenangan lautnya - yang boleh secara tiba-tiba menjadi begitu liar dan dinamik.


Mohamad Nordin Khairuddin Adakah itu salah satu sebab pengunjung dilarang mandi di kawasan perairan pantai Simpang Mengayau Dr Rem?

Rem Dambul Mohamad Nordin, ya salah satu sebab. Kerana arus pesisirnya yang tricky.


Dataran Bengkoka Pitas ~ feeling feeling jadi anak udang kara... 

Program motivasi pelajar. Susah juga mau bezakan mana pensyarah, mana pelajar, kan. Semuanya nampak awet muda.
Memberi motivasi pada pelajar, sambil dipantau dengan teliti oleh dua orang guru sekolah. Mungkin cikgunya takut Alien ini membawa ajaran sesat kepada budak-budak sekolah...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...