Wednesday, April 22, 2015

SAYEMBARA SASTERA MUSIM KEDUA




Sayembara Sastera ITBM/PENA/BH sudah masuk musim kedua. Acara ini semakin mapan sebagai salah satu daripada tiga pengiktirafan karya kreatif terpenting dan berprestij di Malaysia, selain Hadiah Sastera Perdana dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.


Walaupun tidak menang hadiah utama, yang penting saya dapat berkepit dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Selepas sesi bergambar ramai-ramai, saya pelan-pelan mampir ke sisi TPM. Yang sedang menunggu kereta untuk meninggalkan majlis.



“Tan Sri, saya datang dari jauh. Jadi saya mau juga bergambar personal dengan Tan Sri.” Saya sampaikan niat dengan rasa berdebar-debar. Sambil memanipulasi segenap kemahiran bujukan yang saya pelajari dalam seni orator selama lebih 25 tahun. Wah, hasilnya memang efektif dan lumayan.



“Oh yang dari Sabah, kan?” Balas Tan Sri, tersenyum penuh girang. Kemudian kami pun sama-sama rela berpose depan kamera. Happy ending sangat.




Khairul Hakimin, terima kasih atas ingatan dan kiriman. Tan Sri cakap Baba Ain ini memang mulia hatinya. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...