Sunday, April 26, 2015

HAPPY BIRTHDAY REM DAMBUL



Oh rupanya, hari ini ulangtahun kelahiran saya. Sejak popular berstatus separa selebriti ini, ramai pula yang ingat tarikh istimewa ini. Pagi-pagi buta lagi, ucapan sudah datang bertele-tele. Terima kasih semua.

Saya menyambutnya di mana? Sebagai seorang negarawan misali, saya raikan hari sentimental ini bersama sekumpulan pemuda-pemudi harapan bangsa dalam satu sesi perkongsian motivasi dan refleksi. Jika diberi sayap dan berani melawan angin; semua orang boleh terbang. Potensi dan keyakinan diri yang disatukan: hanya kuasa-Nya yang dapat mematahkan.

Terima kasih Tuhan, kerana dalam sambutan yang lepas-lepas, saya sudah dihadiahkan sayap dan keberanian secukupnya. Kali ini, kurniakan saya angkasa yang lapang dan angin yang mengapungkan, untuk terbang meneroka lebih jauh.



2 comments:

  1. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke? moga Success selalu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...