Sunday, April 5, 2015

KEM DEBAT


Budak-budak orator UMS berkumpul di Rumah Pangi sejak hari Jumaat untuk kem pengukuhan seni debat. Kami tamatkan program hari ini, dengan misi membuat nasi kawah berempah. Satu ciplakan menu Arab yang telah diremdambulkan secara hampir total.

nasi berempah

Sebenarnya mereka ini bukan mendengar cakap sangat. Kadang-kadang apa yang sudah saya sampaikan berulang-ulang, mereka suka langgar berkali-kali. Barangkali bagi mereka, ‘derhaka kepada guru’ bukanlah satu tabu yang perlu dihindari.

assistant cooks sedang gigih bertugas

sekarang sedang tunggu masak saja

Tapi mereka ini bertuah. Saya tidak lagi seganas dulu bila melatih. Sudah jadi coach berjiwa murni sekarang. Perubahan tak tersangka, yang tak pernah diimpikan. Kenapa? Mungkin faktor usia, mungkin natijah pemulihan akhlak di tanah suci. Batch yang baru ini, belum pernah ada yang nangis kena cemuh. Paling-paling pun, setakat tarik muka-balang-pecah-seribu kerana tepu diberi ceramah sivik.

sila jamu selera

Saya harap nasi kawah berempah yang resepinya diilhamkan di bumi Anbia ini – dapat menyuluh nurani mereka untuk belajar dengan hati yang lebih jernih. Lalu menjana minda untuk lebih aktif mencerap, mencerna dan menterjemah kepada praktis. Tanpa perlu ditaji-taji sepanjang masa.

sudah habissss!!!

untuk makluman... ini adalah siri terakhir kem debat di Rumah Pangi. Sila nangis sekarang... 

Sudah bersedia. Hari ini akan ke KL dan esok (7 April) berseminar di Aswara. Saya akan berkongsi pemugaran sastera etnik dalam melestarikan kearifan geografi tempatan bagi konteks pribumi Sabah. Kalau ada yang datang, jangan lupa hai-hai

Selamat tiba di tempat istirehat di KL

Selamat pagi Kuala Lumpur. Jangan lupa temujanji kita di Aswara hari ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...