Hari ini, ketika keluarga dan rakan-rakan Kristian Borneo meraikan Good Friday; saya pagi-pagi sudah pergi 'mengumoh/mindahu’. Wah, hasilnya memang lumayan. Serius, saya pun tidak sangka kebun sekangkang kera Rumah Pangi begitu produktif.
Seluruh hayat mereka, ibubapa saya hidup sebagai petani sara diri. Hari ini, saya cuba mengenang semula rutin harian mereka. So that I know where I stand today, and make a reflection.
Lihatlah kebunku yang hijau |
Early birds always catch the best worms; this is the spirit to relive the memory of my late parents. Di sebalik segala kekurangan dan cabaran getir, mereka miliki kemerdekaan diri yang paling berharga. Hidup mereka tidak terjajah oleh kapitalisme; dan tidak pernah diolah oleh mod pasaran global yang brutal.
Assistant Cooks sedang sibuk di dapur di bawah kuasa dan arahan Master Chef. |
The best thing is: they knew exactly where their food came from. It was absolutely within their own control. Ini adalah kebebasan dan emansipasi markat tertinggi.
Lunch saya hari ini 80% datang dari kebun organik sekitar rumah. Kalau Ibu saya masih ada, gerenti dia nangis berjurai-jurai airmata kerana bangga. Sebab anak yang paling tangan bangku bila turun berkebun dulu, kini sudah berstatus petani jaya daerah Tuaran.
Sayur betik tumis dengan bilis; sup bayam liar. Ok lah bah kan? Bersederhana pada hari Jumaat yang berkat |
Kucing Rumah Pangi semuanya 'human friendly'. Dan mereka tinggal di rumahnya sendiri |
Notakaki:
Rosalam Sarbatly Memang pada dasarnya masyarakat Dusun adalah petani yang baik. Cuma malangnya sekarang, kekuatan tersebut sudah semakin pudar kerana masyarakat semakin keliru dengan kecelaruan dunia sekarang yang tidak dipandu dengan baik.
Tahniah Dr. Rem Dambul kerana masih mampu mempertahankan kekuatan bangsamu walaupun sudah bergelar doktor. Saya yakin akan lebih ramai orang seperti Dr dikalangan ulun Tokou akan mengilap semula kekuatan tersebut dalam skala masa yang berbeza.
Tahniah Dr. Rem Dambul kerana masih mampu mempertahankan kekuatan bangsamu walaupun sudah bergelar doktor. Saya yakin akan lebih ramai orang seperti Dr dikalangan ulun Tokou akan mengilap semula kekuatan tersebut dalam skala masa yang berbeza.
Rem Dambul Dislaimer: Status "petani jaya daerah Tuaran" itu adalah anugerah kategori syok sendiri ya. Daripada diri kepada sendiri.
Ada pula yang bersusah payah PM, mengucapkan tahniah.
Ada pula yang bersusah payah PM, mengucapkan tahniah.
No comments:
Post a Comment