Sunday, April 19, 2015

CINTA TIDAK MENGENYANGKAN




‘Susah sekarang ni. Semua kena GST.’ Rungut seorang kawan.

Saya setuju. Makanan kucing pun kena. Now I have to pay almost RM150 extra each month for their food.

Tapi ada banyak juga barang yang masih tidak dikenakan cukai baru ini. Selain ‘barangsiapa’ dan ‘baranglepasjangandikenang’ – cinta dan kasihsayang pun belum ada GST.

‘Orang lapar perlu makanan. Mau tidur perlu rumah. Bukan cinta-cintun!’ Kata kawan saya marah-marah. Serius, saya tidak faham apa masalah dengan kata-kata saya itu? Salahkah menanam fikiran positif ketika berdepan dengan kemelut yang di luar kawalan kita?

Cinta memang tidak mengenyangkan. Kasihsayang juga tidak dapat memberi bumbung teduhan dari matahari terik. Tetapi kalau kita ada cinta dan kasihsayang secukupnya (dalam apa jua bentuk dan dari apa-apa sumber sekalipun) – ia boleh jadi pengganti efektif kepada pelbagai kehendak dan keinginan kita yang lain.

Keperluan kita sebenarnya bukan banyak. Nafsu materi itu yang selalu menghumban kita kepada kefakiran. Kehendak dan keinginan yang macam-macam. Terutama bila tidak ada cinta dalaman sebagai pengawal.

Sekian ceramah kasihsayang minggu ini. Dari seorang lelaki yang sedang hangat bercinta dengan kucing dan dirinya sendiri.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...