Wednesday, February 25, 2015

WARKAH YANG BELUM DIKIRIM


jika jalan yang kaurintis
telah basah dengan darah
berpercikan dari jantung sepi,
maka perlu apa lagi
kau menjelaskan helah
dengan kata-kata?
jika sukma yang kaupilih
telah merah dengan mawar
yang tumbuh atas lautan api,
maka perlu apa lagi
kau mahu mencari mahar
untuk membeli cinta?
mungkin kau masih lagi
belum belajar mengenal
harga hatimu sendiri.
Februari 2015
Hayal Naseem, Jeddah
:
— in Jeddah, Saudi Arabia.

Kalau kena di hati, sila share. Moga arah puputan angin akan berubah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...