Selepas seminggu menjamu menu Arab yang indah rupa dari rasa; selera saya sudah mula memberontak. Jadi hari ini saya cipta sendiri sarapan: pasta fusilli ayam ala sekangkang anak kera.
Sekangkang anak kera itu merujuk pada saiz dapur dan peralatan memasak yang sangat daif. Tapi jangan underestimate hasilnya. Masih cun meliurkan. This is what we call a REAL masterchef. Dengan kemudahan macam tongkang pecah pun, masih mampu hasilkan karya kulinari yang ekstravaganza.
Tiada guna juga dapur serba lengkap dengan segala yang kontemporari, tapi sajian macam dimasak atas pokok. Sekadar ala-ala kadar, asalkan boleh makan. Itu bukan ciri calon menantu yang baik.
:
produk rencah masakan dari Malaysia dan Indon memang top di sini. |
breakfast at Makkah. Well known as one of the most expensive cities on earth. |
No comments:
Post a Comment