Tuesday, February 3, 2015

MENUNGGU PULANG


barangkali ini luka paling dalam
yang memberi bisa tusukan
hingga ke tengah tulang
barangkali ini hirisan-hirisan terakhir
yang mencincang seluruh rasa
hingga hati hilang deria
tapi masih tersimpan percaya
kerana tanpa harapan
mati pun tak akan bererti
hidup juga hanyalah mimpi
sebenarnya setia itu
adalah limbungan terbaik
tempat menunggu cinta
pulang semula ke pelabuhan
dari laut yang bergelora
februari 2015
.
nota: puisi ini hanya fantasi, bukan kisah hidup sebenar penyair. lelaki yang beriman dan bertaqwa tidak menjaja cerita cintanya di facebook. dia menyimpannya dengan rapi dalam diari rahsia di kamar tidur; dan hanya boleh diselak oleh orang yang berkongsi selimut dengannya. itu pun kalau ada.
— at Universiti Malaysia Sabah.

Tadi ada di konti radio, bersiaran di KKFM bersama Alvin Mahathirbercakap pasal 10 Lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia yang baru. Erk, macam tukar bidang pula, kan? 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...