Sunday, February 1, 2015

ANTARA DATA, ANALISIS DAN INTERPRESTASI



Dalam bengkel metodologi penyelidikan, saya selalu ditanya pelajar: apakah perbezaan di antara data, analisis dan interpretasi?

Ketiga-tiga itu adalah output yang terhasil dalam kajian. Tetapi kualiti informasi yang diberi oleh setiap satunya adalah berbeza. Dalam akademik, untuk sesuatu INFORMASI mencapai status ILMU, ia haruslah menawarkan elemen interpretasi. Bukan sekadar data dan analisis.

DATA: Gambar itu menunjukkan 10 orang, sebiji bola dan seekor kucing di dalam sangkar.

ANALISIS: Dalam gambar ini ada 11 mamalia; yang terdiri daripada seekor kucing, 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Tiga daripada lelakinya memakai baju berwarna merah; dan bola itu berwarna belang biru-kuning.

INTERPRETASI: Melihat kepada naturalnya lelaki berseluar petak itu mendukung si anak kecil; ternyata dia mempunyai ciri-ciri kebapaan yang unggul. Hubungan mereka berdua berkemungkinan besar adalah bapa-dan-anak. Lelaki berbaju putih di tepi keladi yang kelihatan meminggir diri itu jelas mempunyai sifat anti sosial yang tinggi. Atau barangkali dia sedang murung sebab baru ditinggalkan kekasih.

Itulah perbezaan ketiga-tiganya. Secara am begini.

i: Data merujuk kepada deskripsi bahan-bahan yang diguna dalam penyelidikan.

ii: Analisis pula adalah usaha untuk menyusun, mengkatalog dan membina inter-hubungan bahan-bahan penyelidikan yang ada.

iii: Manakala interpretasi itu merupakan proses memberi tafisran dan konteks kepada bahan-bahan tersebut berdasarkan perspektif tertentu yang dipilih.

Sekarang sudah faham?
:
— at Rumah Pangi, Kg Sabandar.


Menguji seorang artis lokal Sabah untuk memberi interpretasi artistik emosi dalaman seorang lelaki.
Dan inilah hasilnya. Rupanya emosi dalaman lelaki itu sedang kusut masai
Artis tu lukis objeknya dengan imaginasi tanpa baju. Siap nampak puting lagi. 

Junita Shamsul If you ask me, the artist has truly captured the 'essence' of you, Dr. Hj Ramzah Dambul!..serious..tapi moi cannot comprehend the reason for the nipple showing..maybe, if you allow, he really compells to draw his subjects naked??..to really capture the "pictorial representation" of them??..hehe..*intrigued by the artist 

Elis Qhalila Yap Atau mungkin..... rambut tu representing serabut/banyak akal.... pintar sampai mcm akar2 bercambah....... on why he compelled to draw the subject (half) naked..... maybe his interpretation, the subject to him is "luaran nampak meek, dalaman sebenarnya macho" 😅😅.... ngamlah mangkali 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...