Wednesday, January 28, 2015

ANJAKAN PARADIGMA


1) Salah satu anjakan paradigma terbesar dalam konteks pendidikan IPT kontemporari – adalah perubahan daripada ‘teaching-based’ kepada ‘learning-based’. Itupun ramai yang tidak faham definisi operasional sebenar perubahan ini.

Tugas utama pendidik bukan mengajar pelajar mengenal info dan fakta; tetapi merangsang mereka untuk mencari sendiri ilmu. Maksudnya, pelajar bukan lagi entiti pasif yang hanya menunggu ‘diajar’. Mereka adalah entiti yang aktif menggerakkan usaha 'belajar' secara kendiri.

2) Pendidikan (sepatutnya) tidak lagi diukur mengikut ‘output’ sebagai pemberat penting, yang lazim diuji dalam peperiksaan formal. Tetapi lebih kepada melihat ‘impak’; iaitu bagaimana proses itu telah memperkasa atitud dan persona pelajar. Tentang kepintaran mencari dan mengguna maklumat, keberanian membuat keputusan, kecekapan berfungsi dalam kumpulan dan komuniti, serta menggilap bakat personal yang pelbagai.

Tetapi cabaran untuk realisasikan perubahan ini amatlah sukar. Selama lebih satu dekad mereka telah disogoh dengan konsep aku-ajar-kau-dengar di peringkat rendah dan menengah. Mengubah mentaliti mereka agar serasi dengan konsep pendidikan baru ini tidak mudah. And this applies to both educators and students.

Masih ada pensyarah universiti yang sabotaj pendidikan gaya baru ini dengan terus berpegang pada dogma kuno. Mereka suka mendominasi proses pembelajaran: e.g. memberi terlalu banyak, selalu campurtangan bila pelajar buat keputusan, serta tidak menerapkan elemen industri, praktik lapangan atau khidmat komuniti dalam silibus.

Bagi yang tanya tentang close-up view. Tajuk "Belitan Seribu Rasa"; medianya akrilik + dakwat atas kanvas.
Nota: Lukisan ini tidak dijual. Sudah di-reserve untuk En. Mohd Khair

3) Hingga akhirnya pembelajaran menjadi hampir sepenuhnya kelas teori. Kaedah ini hanya akan menguntungkan sesetengah kategori pelajar saja (e.g. mereka yang berbakat dalam akademik). Sedangkan tujuan utama pendidikan adalah memberi peluang kepada modal insan yang ada pelbagai kecenderungan untuk berkembang mengikut bakat semulajadi yang unik dan tersendiri.

Mahasiswa sendiri juga, masih ramai yang suka belajar secara pasif. Datang kelas terjongoh macam zombie yang baru bangkit dari kubur. Menunggu diberi senarai buku rujukan, disaji kuliah bertele-tele dan disuap kompilasi nota-nota. Mereka tidak suka dicabar dengan diskusi, debat dan aktiviti. Mereka anggap itu ‘pensyarah yang malas’ kerana menyuruh pelajar yang ‘bekerja’, sedangkan dia sendiri cuma ‘goyang kaki.’

Saya selalu ingatkan pelajar bahawa konsep ‘sebab-aku-bodoh-lah-maka-aku-masuk-universiti-supaya-kau-ajar-aku’ – ini sudah beribu-ribu tahun tidak relevan. Aristotle (pelajar terbaik Plato) pun tidak berguru dengan pasif, macam anak mawas cacat yang cuma pasrah menunggu disuap-suap dengan penuh kasih sayang. Aristotle gunakan sepenuhnya hak pembelajaran mandiri, di bawah seliaan Plato. ‘Selia’ ok, bukan ‘ajar’!



4) Ingat ini. Kau masuk MENARA GADING sebab kau adalah ‘gading terpilih’ yang memang layak diangkat ke ‘menara tinggi’. Kau mendaftar di universiti bukan sebab kau diculik secara rambang ketika sedang bersiar-siar di tepi laut. Kau dipilih menerusi satu metod penilaian dan saringan yang rinci. Maksudnya: kau secara natural sudah ada TAHAP KEPANDAIAN yang cukup.

Jadi tugas pensyarah di universiti bukan lagi mahu mengajar kau untuk pandai – dengan syarahan berjela-jela tentang segala fenomena di bumi dan sekitar alam manusia. Tugas pensyarah adalah membimbing kau bagaimana mahu guna dan salurkan kepandaian yang telah kau miliki itu. Inilah fungsi sebenar ‘menara gading’. To produce a thinker, not just a mere learner. You have been a learner throughout your pre-school, primary and secondary education. Now, it’s time for the next challenge!

Kalau kau rasa masih ‘bodoh’ dan tidak reti ‘belajar sendiri’ (dalam era teknologi informasi yang ilmu ada di mana-mana!); maka tempat kau bukan di menara gading. Tempat kau adalah di hutan dara pergunungan Chiangmai. Boleh ke sana sekarang, kemudian jadilah penanam ubikayu bukit dan popi yang dedikasi.

5) Terima kasih kepada para pelajar klimatologi saya; AG20703 (Pengantar Klimatologi) dan AG30303 (Klimatologi Asia Tenggara) kerana memahami arah sebenar pendidikan tertiari negara. Serta memberi kerjasama yang baik selama satu semester kursus-kursus itu dikendalikan.

Looking forward to see you again, soon.


Nota Kaki:

Salah satu contoh penerapan elemen industri dan aktiviti praktikal dalam kursus akademik. Modul dibina oleh pensyarah kreatif UMS,Mazlima Omar. Tiga tujuan dicapai dalam satu 'learning-based' activity: memahami kandungan kursus (undang-undang antarabangsa dijadikan isu persembahan), kemahiran insaniah (public speaking) dan keusahawanan (memasarkan aktiviti kepada audien luar). 


ProfAbdullah Hassan ... Teringat caption pada sebuah kartun di UK semasa belajar di sana (1969-72). Seorang anak asyik melihat modern painting yang dipamerkan. Cuba mamahminya. Tiba-tiba bapanya berdiri di belakangnya. Anak itu terkejut dan takut. 
Lalu dia berkata, "Dad
!!! I didn't do this to the painting. It was like that!!!
Dad, "I know son! You didn't do it. You can't. This artist must be crazy ...."

Lawak saja Doktor ... satu peristiwa dalam memori saya.

Khairul Naim Zainal Abidin Saya setuju dengan kaedah mengajar dengan cara seliaan ni. Tapi malangnya kalau pelajar nak survive dengan sistem pro peperiksaan, kaedah mengajar sebegini cuma akan menganiaya pelajar. Kaedah seliaan,mentor dan pembelajaran mandiri ni sesuai kalau sistem penilaian berasaskan gred, cgpa dan peperiksaan yang sedia ada ditukar kepada sistem penilaian berdasarkan tahap pelajar mengembangkan pengetahuan mereka e.g dinilai berdasarkan hasil kerja projek misalnya. Ataupun kalau nak juga guna sistem peperiksaan, laksanakan seperti mana yang dilakukan oleh Caltech - take home examination.

Sabri Yaacob Dr Rem Dambul, persoalan berat yang berlaku ialah, sebahagian besar educators juga diproduksi dari sistem yang pasif, ditambah lagi para pelajar yang juga sedia asal terdidik sedemikian rupa. Saya suka melihat masalah ini secara sistematik berpunca dari sistem pendidikan itu sendiri yang terlalu exam oriented. Kalau saya lihat di UM, budak2 boleh score Organic Chemistry III atau paper yang payah seakan ilmu tahyul dengan mudah hanya dengan mengulangkaji past years paper. Kuliah pun asyik ponteng, lab repost copy paste, assignment ditulis dari warisan para seniour sehingga semua kesalahan para seniour pun diorang copy skali. Banyak perkara perlu diperhalusi, dan ia tidak pernah mudah. Moga ramai lagi para pendidik bersemangat macam dr rRem, membantu mencetak generasi pelapis yang mantap bagi masa depan negara ini.

Mazlima Omar I think the challenge is on the creativity of the lecturer. Students tend to realise their real potential if they are not bogged down by typical/mundane approach of teaching. It's like finding ways to make them work harder and smarter without literally telling them to do so. Let them be driven by their passion but to ignite that is easier said than done.

Syalbeauty Centre di sekolah rendah juga sudah mula di didik dengan pemikiran aras tinggi( KBAT)yang ketika ini sudah mula diterapkan kepada kanak-kanak umur 7 tahun dan ke atas...jadi mereka bukan lagi mencedok terus jawapan berskima tetapi sudah mula mengunakan femikiran tinggi mencari jawapan yang tidak ada dalam buku teks sekolah ataupun yang di ajar oleh guru semata.... jadi ibu bapa jangan terkejut jika guru memangkah jawapan yang betul kerana bukan itu yang dikehendaki oleh guru...SEKIAN MAKLUMAN

Nik Norlizaini Setuju Dr!!.Justifikasinya ialah, pelajar universiti tidak tahu CARA BAGAIMANA UNTUK BERFIKIR SECARA KRITIKAL. Mereka sudah ada ilmu mandiri, mereka boleh cari ilmu dengan metod masing-masing apatah lagi dengan teknologi yang canggih manggih pada abad ini, Keberadaan mereka di IPT sudah membuktikan mereka adalah SARJANA yang mempunyai daya tahan mental yang tinggi berbanding yang lain . Apa yang mereka tiada ialah Falsafah Pemikiran iaitu pembentukan pemikiran yang tersusun dan seimbang melalui pertimbangan rasional dan kebebasan berfikir berdasarkan situasi agar keputusan yang dibuat dapat meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya. Semua ini muncul akibat daripada ‘teaching-based’ . Walau bagaimanapun ia bergantung kepada tahap consciousness dan awareness pelajar itu sendiri walaupun ahli falsafah agung dunia yang datang memberikan ceramah.. huhu. 'PEOPLE DONT WANT TO HEAR THE TRUTH BECAUSE THEY DONT WANT THEIR ILLUSION DESTROYED' (Friedrich Nietzsche, 1844-1900)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...