Saturday, August 15, 2015

BURUNG BERANI TERBANG JAUH


Burung yang tidak pernah meninggalkan dahan tempat bersarang, hanya akan merasa lazat buah dari pohon yang sama sepanjang hayat. Untuk merasa nikmat beluncas di balik daun malberi atau mencicip embun yang tersisa di ranting maple, ia mesti berani terbang jauh.

Seperti burung yang kepaknya bertambah kuat kerana selalu mahu meneroka dan melawan gelora angin – pengalaman manusia juga bertambah luas kerana perjalanan di bumi yang sukar. Pengalaman begitu yang akan memperkaya perspektif dan hikmah.

Hari ini saya mau berpergi-pergian lagi; mengembara solo tiga minggu di bumi yang sangat gersang lagi tandus. Doakan moga perjalanan ini akan selamat pergi dan pulang; urusan tugas dipermudahkan, dan kelana rohani diberi kurnia yang mabrur.
— traveling to padang pasir, Darul Gasar yang abadi. from Kuala Lumpur International Airport.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...