Thursday, August 13, 2015

BELUM LAYAK DIDENDANG TINGGI




Tawaran kemasukan ke IPT awam Malaysia sudah diumum secara rasmi. Seperti biasa, ia mengundang macam-macam reaksi. Girang tak terperi (sebab diterima ikut pilihan pertama!), riang masam-masam manis (sebab dapat yang lain, bukan yang diimpikan), sedih terbuntang (sebab tidak terpilih).

Universiti bukanlah jalan pintas untuk berjaya. Ia juga bukan satu-satunya lorong yang boleh membawa kita ke puncak cita-cita. BUKAN! Ia cuma salah satu daripada ribuan pilihan yang boleh membina masa depan seseorang. Percayalah, tidak ada satu pun laluan hidup (yang banyak itu) boleh menjanjikan sinar terang di penghujung. Ia masih bergantung penuh pada bagaimana kita mencorakkan jalan yang telah dipilih.

Bagi yang berjaya, tahniah. Terokalah alam kampus dengan mentaliti yang betul. Ia adalah ruang untuk menggali kemahiran dan mengisi potensi diri. Bukan tempat bermimpi dan menunjuk-nunjuk. Sebab universiti cuma memberi platform untuk berkembang. Ia bukan satu pencapaian yang secara automatik layak didendang tinggi. Buahnya yang manis, perlu dicapai dengan usaha. Ia tidak akan gugur sendiri, berpusu-pusu mengampai di atas riba.

Bagi yang kurang bernasib baik – jangan rasa terbuang atau terpinggir. Seluruh dunia ini pun sebenarnya sebuah universiti. Pencarian ilmu dan kemahiran adalah proses seumur hidup yang boleh beroperasi di mana-mana. Sama ada memilih untuk bekerja, meneruskan pengajian di kolej-kolej teknikal dan vokasional, atau mengulang semula pendidikan sekunderi – itu tidak sedikitpun meletakkan kamu lebih rendah daripada rakan-rakan yang sudah berada di IPT.

Perjalanan hidup setiap manusia adalah unik dan tersendiri. Di mana kita berada 10 atau 20 tahun akan datang – bukan bergantung pada permulaan hari ini. Ia ditentukan oleh ikhtiar kita menghayati dan mengisi perjalanan yang ada di hadapan. Hidup ini macam teksi Kuala Lumpur. More often than not, we don’t get the best taxi. Kadang-kadang kita dapat teksi buruk dengan bau bangkai tikus, atau pemandunya banyak cengkadak bertingkat-tingkat. Tapi kalau kita pandai bersabar dan benar-benar tahu di mana lokasi mau dituju, kita tetap boleh sampai ke destinasi dengan selamat. Mungkin lebih cepat daripada mereka yang naik teksi mewah!

In university, we are given a taught, a lesson, then given a test. Whereas in life, we are given a test that teaches us a lesson.
~ Habeeb Akande

Wisdom is the most-sought intellectual degree whose subjects are regularly learned throughout life with an open mind in an open university called life and taught by a teacher who is none other than self-experience only.
~ Anuj Somany

#throwbackuniversitylife
#kerakalaumasukuniversitipuncomeljugabah
— feeling -feeling: owh, comelnya daku masa di universiti dulu. at University of East Anglia (UEA).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...