Wednesday, July 22, 2015

WANITA YANG BERCINTA



Rindu itu bisikan meronta
sengaja sembunyikan suara,
hanya hadir dalam getar
diam-diam mengalir
dari jiwa kepada cinta.

Meski airmata bukan kata-kata
yang mampu bercerita,
ia adalah doa
yang tahu jalan ke langit
mencari Tuhan.

Wanita selalu bermain rahsia
antara rindu dan airmata,
kerana hatinya terlalu naif
mahu membelah sukma lelaki
tanpa membuka diri sendiri
untuk dilukakan.

Sabandar
22 Julai 2015

#mengisikoutajiwangbulanini
#hanyalelakisejatikenalhatiwanita

:
 feeling -feeling Picaso kehilangan berus. at Rumah Pangi, Tuaran.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...