Semenjak dua menjak ini, polemik isu-isu negara di laman sosial begitu rancak. Ramai orang mencanak-canak mau dijulang sebagai pembela bangsa. Tanpa sedar yang dia sebenarnya cuma jadi pembinasa.
Ada yang tidak membaca langsung; tapi melalak meraung dalam setiap entri orang yang cuba membahaskan sesuatu isu kenegaraan. Malas bekerja tapi rajin menyibuk. Itu kategori: Penternak Tapir Yang Buta Huruf.
Ada yang membaca sipi-sipi; hanya berfokus pada masalah dan begitu tegar mencari siapa patut dipersalahkan. Bukan berbahas tentang potensi penyelesaian, dan ruang-ruang penambahbaikan isu yang sedang beronar. Itu kategori: Pencari Babi Abadi.
Ada yang membaca secara penuh, menilik semua aspek yang ada; tapi tidak mencipta mentaliti yang realistik. Masih terpenjara dalam dunia utopia. Asyik-asyik menyalahkan masa lalu. Itu kategori: Kekasih Platipus Yang Kurang Kasih Sayang.
Ada sesiapa yang mahu jadi Pencinta Kucing Sampai Tua?
No comments:
Post a Comment