1. Lebih seminggu dulu saya mesej seorang kawan lama. Perempuan. Saya jemput ke rumah terbukaRumah Pangi sempena tahun baru. Pada 2hb Januari nanti, hari Sabtu ini. Ya, kawan-kawan lain di FB ini pun dijemput juga. Jangan malu-malu datang, ya. Serius.
Berbalik pada cerita asal. Kawan saya itu balas mesej dengan nada agak ‘cheeky'. Which is totally out of her normal character. Saya ok saja. Orang mau bercanda-canda, apa salahnya. Tapi dalam beberapa hari ini, mesej-mesej itu makin bertukar nada. Mula-mula cuma cheeky, kemudian jadi nakal dan lama-lama gedik menggoda pula. That was the point when I get suspicious. I was like, what had I done? Saya pun check semula mesej original yang dihantar. Oh ok, that could be the reason. Instead of the routine ‘terima kasih’; entah macam mana saya tertulis ‘teruna kasih’. All in CAPITAL LETTERS, at the end of the message. That simple spelling error could probably have made the difference. Rem Dambul – kau ini memang gampang lapan tingkat. Mata taruh mana, di celah ketiak?
2. On a related but different point, let me tell you what is the typical problem of most women. Most, but not all. Mereka ini sangat sentimentalist. They love to make a super big conclusion by picking all these trivial signals from men. Misalnya: “You tau tak, dia kenyit mata dekat Ai tadi lah!”. “Ya Tuhan, dia tu baik sangat dengan Ai. Tiap-tiap hari tanya Ai makan nasi lauk apa.” Come on, people. Some men are naturally born caring. Kata-kata dan tingkah mereka sentiasa manis semulajadi. Tapi itu bukan tanda dia gatal mahu mengorat.
Lelaki lebih pragmatis dalam hal cintan-cintun. Mereka tidak mudah angau dengan isyarat-isyarat yang remeh dari perempuan. Kalau ada hasrat di hati, lelaki selalunya akan berterus terang dengan bahasa yang sangat jelas dan mudah. If he never says it explicitly, then just assume that HE DOES NOT WANT anything more than just a plain friendship. Masalah timbul bila ramai perempuan abaikan signal penting ini. Sebaliknya mereka lebih gigih ‘overanalyse’ tanda-tanda picisan yang ntah apa-apa (misalnya, ’teruna kasih’). Kemudian mereka jadikan itu sebagai sandaran kepada pelbagai fantasi dalam ilusi palsu.
3. Kerana dua perbezaan sikap yang sangat ketara ini, lebih ramai perempuan daripada lelaki yang kecewa dalam soal-soal percintaan. Bacalah novel-novel pop; tengoklah juga telenovela dan drama-drama sinetron: semuanya penuh dengan watak-watak perempuan patah hati, kan? Sebab memang begitulah realiti sebenar dunia manusia.
But it doesn’t mean that men are more cruel than women. Bukan juga bermakna lelaki lebih suka mempermainkan perasaan, berbanding perempuan. Bukan! Tapi itu sebenarnya berpunca dari pilihan sikap kaum perempuan sendiri. Mereka begitu mudah menggantungkan hati pada mana-mana dahan yang ditemui melambai mesra. Tanpa berfikir panjang – sama ada dahan itu cukup kuat atau sudah reput. Tanpa menilik sama ada dahan itu benar-benar melambai padanya, atau sekadar berayun ditiup angin.
4. Kali ini saya tiada azam tahun baru. Saya cuma mau sampaikan pesanan ini.
Bunga tidak ada kuasa untuk memilih pekebunnya siapa. Pekebun yang boleh diharap dan bertanggungjawab akan memilih bunganya sendiri; mengikut tahap kepandaiannya berkebun. Sebab itu bunga-bungaan yang tumbuh liar secara paksa-rela di laman rumah seorang pekebun mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mati tidak terjaga. Berbanding dengan bunga dalam pasu yang memang dipilih oleh pekebun sendiri. Betul, kan?
Jangan pula kata saya sexist dan mendokong mentaliti lelaki chauvinis. Tidak. Dalam perenggan di atas, saya merujuk pada hubungan antara pekebun dan bunga sebenar. Bukan satu metafora tentang jalinan hati antara lelaki dan perempuan. Yang kamu overanalyse terkinja-kinja tu kenapa?
_______________________________________________________________
Jemputan Rumah Terbuka Tahun Baru 2016, sila klik: https://www.facebook.com/ events/1023929400992412/
— at Rumah Pangi, Tuaran.2. On a related but different point, let me tell you what is the typical problem of most women. Most, but not all. Mereka ini sangat sentimentalist. They love to make a super big conclusion by picking all these trivial signals from men. Misalnya: “You tau tak, dia kenyit mata dekat Ai tadi lah!”. “Ya Tuhan, dia tu baik sangat dengan Ai. Tiap-tiap hari tanya Ai makan nasi lauk apa.” Come on, people. Some men are naturally born caring. Kata-kata dan tingkah mereka sentiasa manis semulajadi. Tapi itu bukan tanda dia gatal mahu mengorat.
Lelaki lebih pragmatis dalam hal cintan-cintun. Mereka tidak mudah angau dengan isyarat-isyarat yang remeh dari perempuan. Kalau ada hasrat di hati, lelaki selalunya akan berterus terang dengan bahasa yang sangat jelas dan mudah. If he never says it explicitly, then just assume that HE DOES NOT WANT anything more than just a plain friendship. Masalah timbul bila ramai perempuan abaikan signal penting ini. Sebaliknya mereka lebih gigih ‘overanalyse’ tanda-tanda picisan yang ntah apa-apa (misalnya, ’teruna kasih’). Kemudian mereka jadikan itu sebagai sandaran kepada pelbagai fantasi dalam ilusi palsu.
3. Kerana dua perbezaan sikap yang sangat ketara ini, lebih ramai perempuan daripada lelaki yang kecewa dalam soal-soal percintaan. Bacalah novel-novel pop; tengoklah juga telenovela dan drama-drama sinetron: semuanya penuh dengan watak-watak perempuan patah hati, kan? Sebab memang begitulah realiti sebenar dunia manusia.
But it doesn’t mean that men are more cruel than women. Bukan juga bermakna lelaki lebih suka mempermainkan perasaan, berbanding perempuan. Bukan! Tapi itu sebenarnya berpunca dari pilihan sikap kaum perempuan sendiri. Mereka begitu mudah menggantungkan hati pada mana-mana dahan yang ditemui melambai mesra. Tanpa berfikir panjang – sama ada dahan itu cukup kuat atau sudah reput. Tanpa menilik sama ada dahan itu benar-benar melambai padanya, atau sekadar berayun ditiup angin.
4. Kali ini saya tiada azam tahun baru. Saya cuma mau sampaikan pesanan ini.
Bunga tidak ada kuasa untuk memilih pekebunnya siapa. Pekebun yang boleh diharap dan bertanggungjawab akan memilih bunganya sendiri; mengikut tahap kepandaiannya berkebun. Sebab itu bunga-bungaan yang tumbuh liar secara paksa-rela di laman rumah seorang pekebun mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mati tidak terjaga. Berbanding dengan bunga dalam pasu yang memang dipilih oleh pekebun sendiri. Betul, kan?
Jangan pula kata saya sexist dan mendokong mentaliti lelaki chauvinis. Tidak. Dalam perenggan di atas, saya merujuk pada hubungan antara pekebun dan bunga sebenar. Bukan satu metafora tentang jalinan hati antara lelaki dan perempuan. Yang kamu overanalyse terkinja-kinja tu kenapa?
_______________________________________________________________
Jemputan Rumah Terbuka Tahun Baru 2016, sila klik: https://www.facebook.com/
Artikel asanya tu di sini...
No comments:
Post a Comment