Monday, December 14, 2015

CINTAKU... BENIH YANG BELUM MATI


1.  Semalam sempat bergelinjang di Wisma Radio, Angkasapuri. OMG, kesian tengok tempat ini. Sudah jadi macam kampung tinggalan wabak denggi. It has this extremely dull and unattractive ambiance. Laman pun macam tak terjaga, penuh rerumputan. Memang tak padan dengan status ikoniknya sebagai wadah penyiaran nasional.
Tapi bukan itu tujuan saya ke sana. Pantau memantau premis gomen ini, bukan kerja hakiki saya ya. I came to support my former students. Yang sedang raptai persembahan ala-ala teater retorik sempena Majlis Genta Bahasa peringkat kebangsaan.

2.  Their actual performance is later today. But I can't make it. Because I have my own battle to fight at the same time in a different venue (literally and figuratively speaking). Ketika mereka berteater di RTM pagi ini, saya akan membentang hasil penyelidikan di depan Majlis Profesor Negara bertempat di UKM. Oopss! Saya harap Farhan tak baca status ini. Ngeri pula kalau dia bersama gerombolan PAU tiba-tiba datang memantau.
Teater itu dijayakan oleh ALUMNI Akademi Pidato Perkhidmatan Awam. Baru-baru ini 42 pemidato seluruh negara, mewakili pelbagai kementerian dan jabatan awam, telah berentap. Saya sungguh teruja sebab ada ramai anak jati Sabah yang terpilih mewakili agensi masing-masing. Rasanya 8 dari 42. Wow!

3.  Yang lebih bangga, dua daripada Sabahan itu adalah anak didik orator saya di UMS dulu: Asriyah yang dinobat sebagai juara, dan Amor yang berjaya jadi 8 peserta terbaik ke pusingan akhir.
Saya percaya bahawa tindakan yang berwibawa harus bermula dengan pengucapan yang berkesan. If you can't articulate yourself effectively, your voice will never penetrate as deep as you would like it to. Maka idea itu akhirnya tidak akan berkembang dalam ruang perkongsian lebih luas.
Sebab itu saya selalu tekankan bahawa kemahiran orator adalah alat memperkasa komuniti paling berimpak. Dalam konteks Sabah misalnya, jika kita mahu suara marginal negeri ini menembusi khalayak lebih ramai atau level decision-making lebih autoritatif: we must equip our young people with the ability to express themselves efficiently. Dengan cara ini, pemikiran dan impian mereka boleh diberi sayap untuk terbang meneroka langit yang tinggi lagi saujana.

4.  Graduan yang hadam ilmu pengucapan secara tuntas lazimnya boleh menjadi duta universiti yang cemerlang di alam kerjaya kelak. Sadly, not many people see it that way. Ramai yang tidak prihatin tentang pentingnya pemupukan budaya orator, khususnya kalangan generasi muda di menara gading. Sebab itu saya sudah lama tidak ‘peduli sangat’ dengan aktiviti-aktiviti orator di universiti. Buat apa kita saja yang terhegeh-hegeh mau menawarkan khidmat kalau pihak-pihak lain tidak mau menjadikan ia sebagai salah satu prioriti? Hidung saya sungguh pun tak berapa mancung, tapi tidaklah kemaruk mau tersorong-sorong pula.
Dalam setiap pekerjaan dan sumbangan khidmat, cinta adalah motivasi teragung. Cinta itulah yang mengikat saya erat pada seni orator bertahun-tahun. Tapi cinta itu sama seperti benih. Kalau dapat benih paling bermutu pun, tapi tidak diberi tapak semai yang cukup nutrien: benih itu kelak tak akan tumbuh subur.

5.  Kalau tumbuh pun, lama-lama mati juga akhirnya. Cinta saya adalah benih yang belum mati. Tapi semakin hampir menuju kematian.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...