Friday, November 6, 2015

KENANGAN MENGUSIK JIWA

Studi berjemaah gaya budak-budak nakal menjelang SPM, pada zaman silam. Mengampai atas lantai surau, seperti sekumpulan penguin jantan sedang berjemur di pantai lapang ketika musim mengawan.

Kalaulah masa itu sudah ada drama-drama TV genre 'romantiang' (rohaniah + romantik + miang) macam sekarang e.g. 'Suamiku Mufti Lulusan Mesir' atau ‘Ustazku Lelaki Penyayang'; remaja paling kanan yang berketayap putih itu memang layak jadi hero.

Dia jelas memiliki kriteria aktor yang dimahukan. Aura pada wajahnya mencerminkan nilai-nilai kacukan daie hakiki dan kasanova misali. Lihat saja tenungan mata yang amat kudus tetapi menggoda itu. Sekali pandang, berjuta hati kaum ibu cair melimpah. Pasti mereka akan berebut-rebut cuba menjodohkan anak dara masing-masing.
.
Nota: On a different point, don’t judge their future by this old picture. A humble beginning doesn’t necessarily lead to a trouble ending. Yang paling belakang itu, sudah jadi arkitek tersohor dengan sebuah firma atas namanya sendiri. Yang paling kiri, dia senior cabin crew; terbang menjelajah dunia bersama syarikat penerbangan Top 5 di alam semesta. Yang berwajah opera Cina salah mekap itu, kini usahawan berjaya dan terbilang (tapi bukan dalam industri bedak sejuk ya!). Lelaki berkaca mata adalah doktor pakar sebuah rangkaian klinik paling terhormat di Malaysia. Yang di hujung kanan mirip superstar Korea itu pula? Dia jadi pejuang hak asasi kucing gelandangan yang paling disegani di Borneo. Ya, kita boleh mencipta kehidupan yang kita mahu, sungguh pun disogohkan dengan permulaan-permulaan yang kurang indah.

#kenanganSPMmengusikJIWA
— at Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.

Artikel asalnya tu di sini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...