Sunday, November 22, 2015

DARI TANAH SEKANGKANG TUPAI



1.  Di bahagian paling belakang Rumah Pangi, ada tanah kebun. Tidaklah luas sangat. Cuma sekangkang tupai. Bolehlah bertani sikit-sikit; menternak ayam dan ikan, menanam ubi dan serai.
Tapi saya selalu sibuk dan jarang ada masa berkebun secara kosisten. Kalau tidak out-station, hujung minggu ada masa sikit. Tapi biasanya saya cuma sempat mengurus tanaman di keliling rumah saja. Lama-lama tanah kebun di belakang bertukar jadi hutan sekunder malar hijau tropika. Ternakan ayam kampung saya di kawasan itu pun, sudah feeling-feeling denak hutan. Asyik bertenggek atas pokok, macam burung liar.
Kemudian tiba-tiba. Saya tidak tau hidayah dari mana yang menusuk hatiku kelmarin. Hingga berdetik keinsafan mau bersihkan kebun yang selama ini terabai. Jadi saya mengupah jiran sekampung untuk tolong tebas semak belukar yang ada. Kalau buat sendiri, 17 tahun pun belum tentu siap.

2.  Pagi ini, baru saya sempat meninjau kebun yang sudah bersih. Fuh, saya terkejut sampai lebam. Rupanya saya pernah tanam markisa di sana. Sekarang pokoknya hijau rimbun, dengan buah lebat berpupul-pupul. Markisa depan rumah, yang saya siram tiap hari dan baja saban minggu, haram tidak menjadi. Daunnya jarang-jarang dan buahnya kecut-kecut; ibarat hidup tak reti, tapi degil tak mau mati.
Saya sungguh terinspirasi dengan markisa di kebun hujung itu. Biar pun terpinggir tiada kasih-sayang berbulan-bulan, ia tetap membesar dengan penuh ceria dan cinta. Berani melawan belukar tebal dan enau gampang yang melilit-lilit. Kemudian menghadiahkan tuan tanah hasil yang lumayan.

3.  Alangkah bagus kalau manusia belajar menjadi markisa di kebun hujung. Semakin dipinggir, semakin subur. Perhatian yang diminta cuma sedikit, tapi pulangan yang diberi begitu banyak. Ini tidak, asyik-asyik menagih itu dan ini, tapi malas bekerja kuat untuk diri sendiri dan komuniti. Cukai pun tidak pernah bayar seumur hidup sebab kerjaya dia sekadar tempelen (konon aktivis sivil!); tapi tiap-tiap hari melalak komplen pasal kemudahan awam yang tidak sempurna.
Bila kita suruh belajar konsep syukur dan tambah dayausaha; dia tengking balik dan tuduh kita macai kerajaan. Padahal kita suruh bersyukur pada Tuhan, bukan sesama manusia. Kita suruh berusaha perbaiki keadaan, bukan suruh redha pada kezaliman. Tapi kalau sudah bangang semulajadi, memang sampai tua bangang abadi. Bukan reti faham bahasa motivasi. Sigh.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...