Saturday, October 10, 2015

SELAMAT HARI SUKAN NEGARA

Secara generik, sukan ditakrif sebagai kegiatan aktif yang bersifat fizikal. Ia boleh dicapai dengan macam-macam cara. Gaya hidup sihat juga ada pelbagai dimensi. Selain daripada aktiviti sukan konvensional.

Misalnya apa yang dibikin oleh lelaki sepi di Rumah Pangi ini. Lepas peluh-peluh berkebun, dia duduk santai-santai menikmati home-cooked brunch hujung minggu. Menunya nasi goreng, kopi panas, telur mata kambing dan lima jenis ulam herba: pucuk raja, kaduk, tujuh jarum, ginseng jawa dan kacang kelisa. Dipetik segar dari kebun keliling rumah, dan dicecah hirisan cili padi dalam budu made-in-KB. Fuh!

Joy is the simplest form of gratitude; for all His endless blessings. And being happy is the best way to live healthy.
— at Rumah Pangi, Kg. Sabandar.

Artikel asanya tu di sini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...