Thursday, October 8, 2015

INI CERITA LIMA TAHUN DULU



Those were the years when I was still searching for the wisdom in life. I got easily disappointed and angry over trivial issues. I unnecessarily spent too much mental energy, stressing myself out. Over things beyond my own control.

Sekarang malas sudah mau terlebih peduli pada perkara-perkara asas, yang kunci perubahannya terletak di tangan orang lain. At the start of every lecture, I now usually remind my students: This is YOUR JOURNEY. Not mine. I am here to assist you battling through it, and reach the destination where you want to be.

Tapi kalau kamu sendiri tidak mahu memberi ruang secukupnya untuk saya membantu – maka itu pilihan kamu. Saya tiada hak mau memaksa. I am not going to waste my time trying to inspire horses that refuse to cross the river. Bagus biar saja kuda-kuda lemau begitu mati kebuluran tak makan di seberang sana yang gersang. Dan lebih bagus saya meneruskan perjalanan dengan kuda-kuda lain yang cukup berani melawan arus sungai demi mencari padang luas nan hijau.

Mahu marah-marah pun tiada guna. Bukan saja tindakan begitu tidak bagus untuk kesihatan jantung; tapi itu juga menghakis banyak tenaga mental dan fizikal diri sendiri. Sometimes we are giving too much opportunities – that at one point, people begin to take it for granted. Mereka mula fikir tiada salah menjadi ulat lembab yang terhegeh-hegeh melingkar di perdu malberi. Sebab nanti akan ada tangan-tangan malaikat datang tolong petik pucuk yang lazat, lalu dihulur ke mulut dengan penuh simpati.

Selepas bertahun-tahun dalam dunia pendidikan tertiari (baca: pelajar dewasa), saya buat rumusan bahawa tugas pendidik hanya menyediakan laluan untuk siswa-siswi merintis perjalanan. Sama ada mereka mahu menyusurnya atau tidak – itu adalah ‘seru dalaman’ di antara mereka dan Tuhan. Ini soal inspirasi kudus. Pendidik tiada kuasa untuk masuk campur.

Lembu pun kita tidak boleh paksa makan rumput. Apatah lagi manusia yang sudah besarpanjang dan matang. Terpulanglah.

#refleksiseorangguruyangketagihberceramahsivik
— at Universiti Malaysia Sabah.


Artikel asalnya tu di sini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...