Tuesday, September 29, 2015

BAKAL TEMPUH GELOMBANG GANAS


Jumlah maksimum yang ambil subjek saya tidak pernah melebihi 80. Normally, it was well below 60. Semester ini saya dapat hampir 140. Berganda-ganda ekstra. I seriously don't know what motivates these students to suddenly have so much passion in climatology. But here are my top four theories:

1.  Ketika mengisi borang kursus, mereka tertanda kod yang salah. Sebab kurang nampak akibat jerebu.

2.  Mungkin mereka keliru dengan istilah 'klimatologi', dan diam-diam mengharap kursus yang ada praktikal ini sebenarnya berkisar tentang jenis-jenis klimaks seorang manusia. I am not trying to be funny here. Memang betul ada yang teruja dengan terminologi ini kerana dipanah khayalan yang bukan-bukan.

3.  Atau sebelum buat pilihan, mereka lupa bertanya pada senior tentang reputasi pensyarahnya. Yang memiliki kuasa lebih sakti dari Ultraman King. Dengan hanya satu kilas pancaran verbal, bukan saja boleh lecurkan tujuh lapisan kulit; bahkan mampu membakar sampai ke ginjal dan ulu jantung.

4.  Barangkali juga ramai yang baru putus cinta dan sengaja buat pilihan yang penuh risiko ini. Kerana menyangka mereka ada peluang cerah untuk mencuri hati si klimatologis yang masih belum terisi. Manalah tau, kan.

Walau apa jua imaginasi tersembunyi ketika memilih kursus ini, saya harap mereka semua boleh terima hakikat bahawa pohon fantasi tidak akan tumbuh menjadi realiti. Meski pun ditabur setiap hari dengan baja terbaik. I really hope none of those four hypothetical assumptions is relevant to any of my students.

Selamat datang ke kuliah Rem Dambul. Ikat pelampung keselamatan ketat-ketat, sebab pelayaran kita bakal menempuh seribu gelombang ganas dan badai taufan.
— at Universiti Malaysia Sabah.

Artikel asalnya itu di sini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...