Monday, August 24, 2015

SURAT PERANTAU KEPADA TANAHAIR



kerana ogos sudah bergalang pesta
bukan lagi bergenang airmata

i
pada matanya
ada cinta bernama api
sedang mencipta unggun
mahu membakar jata pertiwi

pada lidahnya
ada benci sewangi mawar
meski kerdil di ceruk rimba
kelak menjalar ke dada negara

ii
pernah kaudengar ceritera si petani desa
yang membakar semua kepuk di jelapang padi
kerana seekor tikus bersembunyi di dalamnya?

atau hikayat si panglima terbilang
yang membiar seluruh armada mati di medan perang
kerana seorang soldadu mengusik gundiknya?

iii
ogos ini bakal bersaksi
ada simfoni di hujung zaman
dengan tujuh gong di tangan
sedia mendendang sejarah baharu
cerita canggung petualang
menafikan seribu luka hati
pejuang sejati yang kenal getir merdeka

mekah
22 ogos 2015

Nota: Dudel kolaborasi Rem dan Rais untuk Pameran Trio Sunduan Aki Nabalu pada 9-30 September 2015. Info lanjut pameran, sila lihat poster dalam komen pertama entri ini.
— in Jeddah, Saudi Arabia.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...