Tuesday, February 10, 2015

APA GUNA KAPAL BERLABUH


1. This one has to be my most eventful trip to Kuala Lumpur. In less than 5 days, I got the opportunity to meet so many wonderful people. ‘Wonderful’ bukan kerana mereka semua memiliki nama besar dalam arena masing-masing. Tetapi kerana peranan unik mereka dalam membina negara, mengikut jalan dan acuan yang tersendiri.

I met two of our Sasterawan Negara, and handed over personally my not-so-admirable doodles. Dengan Prof. Muhammad, kami berbual hampir sepetang panjang tentang betapa penting mengembara dan berkelana dalam memperkaya perspektif seorang penyair. Dengan Dato’ Baha Zain (dan Datin), kami bertukar-tukar pandangan tentang peranan karya visual untuk mempertajam deria dan sensitiviti seorang penulis.

Amira & organising committee, thanks for the hospitality.
Mestilah sempat bagi buku. PM pun teruja. Dato' Seri cakap; wah datang dari KK dan bawa buku! 

2. Saya juga buat kunjungan peribadi ke ITBM dan berjumpa dengan CEO, En. Mohd Khair Ngadiron. Beliau adalah genius berani yang bukan sahaja telah menjenamakan semula ITBM, tetapi turut mereformasi dengan signifikan modus dan fungsinya sebagai nadi penting industri perbukuan Malaysia.

He is my long-time friend and a mentor, whom I have known for years through our mutual interest in debate. Saya tidak tau sama ada saya memang lembab atau bebal semulajadi – tapi saya tersilap tengok jadual temujanji. I made him waiting for 35 minutes and had to come late for his next appointment outside. Ampun!

Ada perbezaan yang jelas: di antara hubungan yang terbina secara organik kerana persahabatan dan hubungan yang dibina secara mekanik atas dasar kepentingan. Orang yang tiada harga diri, selalu suka mencampur-aduk kedua-duanya. Kemudian mula berspekulasi bahawa semua orang lain juga sama seperti dia.

Sebab 'kebaruan' (hanya orang Sabah yang faham), saya tapau pulang ini. You never know if you ever get invited again to this kind of event. So years from now, at least I have something to show as a proof that I was there too, once.

3. The finale for my Kuala Lumpur trip was the low-key-but-truly-glorious-in-its-own-way ‪#‎MariBerjumpa‬ event with none other than the Prime Minister. It was hosted by Dato’ Aznil Hj Nawawi; pengacara nombor satu negara. And the best part is: finally I got the opportunity to meet in person my fellow 1Malaysians and two famous Facebookers, Monyet King and Zee Kin Tai. Yey, macam mimpi!

Mungkin saya tetamu yang datang paling jauh dalam majlis itu. Coming all the way from Kota Kinabalu, having to fly over the South China Sea. Yang ketika ini udara aras tingginya agak bergelora kerana sirkulasi monsun. That is probably the reason why the organiser felt obliged to put me NOT ONLY in the main VVIP table, but also sit next to the Prime Minister. Fuh, beku sekejap sel-sel darah merah dalam pembuluh nadiku semalam. Serius!

4. Suatu masa dulu, saya pernah kritik nada ucap YAB PM yang agak robotik dan kurang bujukan. He often had good substances in his speeches, but made lesser impact (than what should be expected) because they were betrayed by his not-so-organic oratory persona. But listening to him addressing us in his casual so-called welcoming remark last night – wow!

It was short and sweet. The logical flow of his argument was so easy to follow; and his delivery was nothing less than super convincing. When you listened to his words, you just knew they really came from his heart. It was so natural and subtle.

Padahal beliau sedang sampaikan mesej kompleks tentang usaha membina bangsa dan perihal asas kenegaraan yang rencam (dari segi kaum dan agama). Serius. Bukan mudah mahu sampaikan isu ‘berat’ begini kepada audien savvy-internet dengan cara yang santai dan ringan, tetapi masih bersifat substantif dan kedengaran penting.

Interview with Joshua Phua Pei Xing, post event. I seriously can't remember what I did ramble about. I hope I didn't say anything stupid.

5. Saya fikir begini. Menjadi warga Malaysia yang bertanggungjawab bukan sekadar menjadi seorang saintis yang cekap, petani yang gigih, hakim yang adil, guru yang dedikasi, pemandu teksi yang berhemah atau Perdana Menteri yang kuat bekerja. Ia terletak pada aspirasi dalaman dan sentuhan hati yang kita simpan untuk negara. Kerana kita tidak akan bahagia berada dalam sebuah rumah yang serba cukup dengan makanan dan kasih-sayang; kalau tanah di mana rumah itu dibina selalu berdarah dengan pergelutan dan pertentangan.

Pada setiap waktu, kita boleh saja mempunyai seribu parti politik. Tetapi pada satu-satu masa, kita hanya boleh memilih satu kerajaan untuk diberi mandat memerintah. Jika Malaysia adalah sebuah istana yang sangat agam; kita semua adalah bata-bata kecil yang diguna untuk membuat binaan. Meskipun agak kelihatan sama, tetapi sebenarnya setiap satu adalah unik dan tidak serupa.

If we refuse to stick together because of our differences (in what ever forms: races, political preferences, religions, etc) – maka, bagaimana struktur dapat dibangunkan? Kita mungkin akan terus tinggal di dalam istana tak berdinding sampai bila-bila.

6.
Apa guna emas sepuluh,
Emas muda lebih bernilai.
Apa guna kapal berlabuh,
Kalau tidak melawan badai.
Kapal, seagung dan secantik mana pun, tidak akan membawa sebarang manfaat – kalau ia hanya tertambat di pelabuhan dan tidak belayar membelah samudera. Sama saja macam batu tongkol gadang yang ampai-ampai di hujung jalan.
Dirgahayu Malaysia Tanahairku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...