Saturday, January 24, 2015

SEBUAH DAERAH TANPA LUKA



1. Hati yang terlalu kosong, selalunya amat susah ditawan. Kerana ruang vakum adalah tempat yang paling sukar ditembusi.
Hati yang terlalu penuh pula, memang mustahil mahu diisi dengan tetamu baru. Kerana setiap cubaan untuk masuk, akan segera tertepis keluar oleh benteng yang padat.

2. Bila memilih hati untuk tempat persinggahan; jangan berfantasi ia kosong tuntas untuk mengisi kehadiran kita seorang semata-mata. Kerana ilusi yang begitu adalah ibarat meminta luka sebelum sempat memegang pisau.
Juga, jangan sesekali mengejar hati yang sedang sarat terisi kerana ia sudah terlalu biasa dipenuhkan dengan impian. Nanti kau dituntut memberi kesempurnaan yang bisa membuatmu seperti pahlawan bertemu ajal sebelum turun berperang.

3. Pilihlah yang sederhana. Yang sudah berisi, tetapi masih menawarkan sejemput ruang untuk singgah. Kerana inilah kunci imbangan sebuah permulaan: tentang sikap hormat menghormati, serta saling memberi dan menerima.
— at Sebuah daerah cinta yang tidak mengenal luka!

Notakaki:

Ariffin Mamat Hati-hati dalam menawan hati jangan sampai memakan hati kerana asyek.mengambil hati sekira tidak diberi perHATIan oleh yang tiada hati. Kami hanya bisa memerHATI.

Lukisan amat cantik dan bermakna. Saya suka tunas dan pucuk...semoga subur di taman hati.


Rem Dambul Pak Pin, kalaulah tunas dan pucuk itu juga ada dalam hatiku..

Azlina Awang Apakah ciri-ciri hati yang sederhana tu, Rem ?

Rem Dambul Azlina Awang, di dalamnya mesti ada sebuah taman kecil dengan pokok-pokok keladi bunting yang subur menghijau; serta sebuah kolam air tawar saiz sederhana yang di dalamnya ada berudu-berudu liar sedang berenang.

#meroyan hahaha


Rem Dambul Sakit itu bagus. Itu tandanya deria hati kita masih hidup. 

Percayalah, ada ramai orang yang deria hatinya sudah lama mati sebelum jasad masuk ke liang lahad. 


Jeffrey Alias Nazri ArRahman ke4: sbg academician...adkh pnerbitn cerpen n buku bg penulisan kreatif d ambilkira utk knaikn pgkt bagai? (tgh berfikir...betulkah kegilaan ku ini? klau tkde merit..there is no point to start writing. why do i just focus on article in journal n chapter in book or science n technical book tht relsted with our field. right or not?)

Rem Dambul Jeffrey Alexander, mau menulis tidak boleh berguru di Facebook. Ilmu tidak berkat. Mari datang sini Rumah Pangi. Tolong dulu timba air dari perigi lapan baldi, sebelum mula mengaji. Baru ilmu berkat dan cepat melekat. 


Jom minum petang untuk mengubat sepi hati. Pancake jagung, madu asli dan Milo panas.

Markisa organik Rumah Pangi. Kalau tunggu lama sikit Asmiaty Amat, sudah saya jamu. Nyum, nyum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...