Burung bersarang di tepi batu;
Jangan bergadai kerana janji,
Janji orang tak pernah tentu.
Sudah buruk buah keranji,
Kulitnya nanti pudar warna;
Jangan mabuk kerana puji,
Dalam puji boleh terkena.
Ruai di kepuk penuhlah padi,
Tepi telaga banyak tembusu;
Jangan terpujuk kerana budi,
Budi juga banyak yang palsu.
Bunga cempaka gugur di kota,
Kuntum melati merah berseri;
Jangan terluka ditinggal cinta,
Cinta sejati 'kan datang sendiri.
Kacang badam bila dihidang,
Molek sekali bersama pala;
Jangan dendam dikeji orang,
Setiap keji memberi pahala.
Turunlah merbah di atas batas,
Banyak melata ulam pegaga;
Jangan marah rezeki dicantas,
Rezeki kita Tuhan yang jaga.
Januari 2015
Rumah Pangi, Sabandar
at Negeri Sabah Darul Aramaiti.
NOTAKAKI:
Mesej gambar: a typical overworked professional kulibatak. Leaving his house everyday before the sunrise, with no less than three bags - and coming home when all his 60 cats already soundly sleep. And those three bags will get heavier.
By the end of each week, he barely can drag his two overtortured feet....
#anybodywantstoswapjobwithme ?
#dramaharijumat
By the end of each week, he barely can drag his two overtortured feet....
#anybodywantstoswapjobwithme ?
#dramaharijumat
Beg macam lari dari kampung yang dilanda perang. 😁 Promosi awal buku 'Bintang Timur', karya penulis muda Amran Ibrahim Rashidi. Saya sudah ada, kalian? |
No comments:
Post a Comment