Thursday, August 23, 2012

KUASA KAPITALIS DI KOTA SUCI


i ) Makkah ketika Idul Fitri tidak sesesak Ramadhan. Ruang keliaran sekitar Baitul Haram tidak padat melampau. Terasa pula ini agak ironik. Sebab masa bulan puasa dulu, hampir setiap inci ruang sekitar masjid dipenuhi manusia yang berpusu-pusu. Sepanjang masa.
Saya menyangka situasi itu akan berlarutan sampai ke Syawal. Sebab (pada hemat saya) Ramadhan dan Idul Fitri, dua-duanya sama mubarak. Sudah tentu ramai yang berebut-rebut mau mengimrahkannya di tanah suci.



Rupanya telahan saya tersasar. Ini agak melegakan. Untuk saya yang memang alergik dengan aktiviti himpit menghimpit. Saya pilih waktu malam, dua jam selepas Isya untuk sempurnakan umrah. Sebab suasana di Baitul Haram lebih hening, dan kurang sesak.


ii ) Setiap kunjungan ke sini adalah unik. Walaupun bagi mereka yang sudah datang berkali-kali. Sebab kita akan temui sesuatu yang segar. Pada pandangan mata kasar, mahupun mata hati.

Kota ini tumbuh pesat secara fizikal, terutama dalam beberapa bulan kebelakangan. Ada banyak binaan infrastruktur baru, sejak kunjungan terakhir saya dua bulan lalu. Ya, sebelum pulang bercuti panjang di KK, pada awal Jun.

Nota: Saya juga sebenarnya datang dua minggu sebelumnya, tapi tidak sedar perubahan itu. Sebab itu hanya kunjungan singkat.

Mekah sangat rencam dengan variasi sub-budaya. Daripada kisah kesibukan manusia berbelanja di bazaar yang meriah, berita kematian jemaah yang tidak putus-putus, hingga kepada cerita hidup para gelandangan. Yang bergelimpangan di perkarangan masjid.

For every visit, you will definitely see different sides of this holy city. Each trip is special; a distinctive spiritual journey of its own. Ok, take my words for this.


iii) Enam trip terdahulu, saya memilih hotel di segmen timur (relatif kepada lokasi Baitul Haram). Bahagian ini adalah ceruk yang saya label sebagai niche kasta proletariat. Ruang utama komuniti ‘kelas pekerja’, mengikut klasifikasi masyarakat ala Marxist. It has its own distinguished sub-cultures, which are different from the other segment.

(Baca: http://remdambul.blogspot.com/2012/04/keajaiban-antrogeografi-mekah.html

Kali ini saya pilih bahagian barat pula, segmen tumpuan para bourgeois. Sesekali kemaruk juga mau bermewah sikit, sempena Idul Fitri hari kemenangan. Tapi saya bukan di lokasi elitis, yang terletak betul-betul depan Baitul Haram. Itu hanya untuk golongan ultra kaya; yang ada duit berkepuk-kepuk.

Hotel pilihan saya terperosok jauh sikit dari Baitul Haram. Menawarkan servis ‘middle class’, tapi pada kadar sederhana. Untuk tiga malam, saya membayar SR750 (RM640). That was after a massive discount of 65%, because it was pre-booked via internet. Dengan tawaran harga promosi.

So imagine how much it would have cost me, under normal arrangement. Sedangkan hotel ini belum pun dikira luxury.


iv) Mekah yang suci sudah bertukar jadi kota kapitalis ala-ala New York, betulkah? Saya pernah ditanya. Saya tiada jawapan untuk persoalan begini. Sebab setiap manusia melihat dan menilai dengan cara berbeza.

But one thing I can tell you (those who have yet been there in person): Makkah is everything that DOES NOT fit your imagination. So be ready to get shocked.

Its holiness (most of the times, perhaps?) is probably way overstated. And we simply buy the overstatement without any reservation. To the point that: as soon as we find ourselves standing in this holy city, we instantly (and quite naturally) decide to ignore the very basic nature of ‘soul searching’.

Apakah basic nature yang dirujuk itu? Bahawa semakin kita dekat kepada-Nya, semakin besar ujian dan cabaran yang didatangkan. Semakin kudus dunia tempat kita berdiri, semakin tinggi markat godaan yang diberi.

Kita menyangka di kota suci ini, segala-galanya syumul. Barakah gugur berjejal-jejal, di merata tempat. Tugas kita hanya menadah tangan. Lalu tanpa sedar, kita mula terlupa sisi-sisi lain dalam realiti kehidupan manusia. Betapa kebejatan ada di mana-mana.


v) Ini bukan contoh kebejatan. Sekadar satu perkongsian. Hotel saya, sungguhpun ada bintang, perkhidmatannya masih tahap binatang. Jika diukur kepada hospitaliti mengikut piawai Malaysia.

Bilik lebih luas dan katil lebih besar, dibanding dengan hotel biasa saya di segmen timur. Tapi ambience dan servis hotel langsung tidak menunjukkan sebarang aura istimewa. Yang berbaloi dengan harga ratus-ratus semalam.

Memang tipikal gaya gasar. Saya minta paket kopi ekstra pun, pekerja house-keeping boleh marah-marah. Siap tunjuk muka mood ala-ala ibu cipan beranak songsang. I mean, seriously? Apa jadah mau marah? Bukan saya suruh hisap konek. Atau suruh basuh balabak.

Bayangkan. Kuli batak hotel pun sombong macam Firaun. Tauke hotelnya entah seperti apa pula. Mungkin sama macam pengalaman saya di Madinah, awal Ramadhan dulu. Pengurus kanan hotel bergaduh dengan customer secara publik di lobi. Sampai berteriak-teriak.

Saya rate hotel di Madinah itu sebagai “animalishly barbaric” pada borang feedback. Definitely the worst in my years of travelling experience.


vi) Pada trip akan datang, saya rasa lebih bagus tidak tinggal di hotel. Biar jadi gelandangan saja. Bersolidariti bersama ratusan gelandangan yang lain.

Yes, I know. I’m too cute to be homeless. But this is Makkah, the holy city. I seriously doubt there will be anyone wanting to molest me, when the darkness comes at night. Even if there is, I really don’t mind trying my best to just enjoy it.

Mungkin itu pilihan yang lebih baik. Daripada berbelanja ratus-ratus, untuk servis hotel berkualiti gasar. Itu belum lagi masuk caj teksi (dari hotel ke masjidil haram) yang sangat mencekik leher.

Of course if you come directly from Malaysia, you don’t see this ugly side of Makkah/Madinah. Because your tour agent would deal with all these shits, on your behalf. The worst you would probably encounter: are some minor shortcomings of your own tour agent.

But seriously, those are nothing. Compared to the shitty reality on the real ground.


vii) Tapi pengalaman kembara di Mekah bukan homogen, untuk semua orang. Jadi persepsi saya tidak semestinya representatif. Sebenarnya ia sangat individual, kerana deria mata dan hati manusia tidak serupa. Jurang perbezaan itu juga bertambah luas, jika mod operasi yang diguna adalah berlainan.

Misalnya. Ziarah ke kota suci (Mekah dan Madinah) secara langsung dari Malaysia, menerusi pakej umrah/haji: tidak sama dengan lawatan rutin hujung minggu seseorang yang tinggal di Jeddah. Modus yang pertama itu lebih rigid. Terikat dengan pelbagai bentuk limitasi. Misalnya, fleksibiliti jadual yang terbatas. Ini tidak saja mengongkong pergerakan fizikal, tetapi juga observasi mental.

Kerana kongkongan itu, maka daya tumpuan dan pengamatan kepada elemen-elemen sosio-budaya yang sangat kaya di kota ini, barangkali akan jadi lebih longgar. Saya fikir begitu. Setuju?


viii) Melawat Mekah secara solo tanpa seliaan sistem jemaah, memberi kita peluang mendekati kota suci ini pada dimensi berbeza. Yang lebih bebas. Bagi yang datang sini atas visa umrah/haji, mereka biasanya akan berlumba-lumba memperbanyakkan aktiviti ‘ibadat khusus’ di Baitul Haram (solat, bertawaf, iktikaf, etc).

I can totally understand this eagerness. Because you never know when-or-if you would get another opportunity. To revisit this holy place. So you tend to maximize the limited time you have, the way it is expected to be spent. I did exactly the same, during my first visit to Makkah. I made my best effort to stay inside the Baitul Haram, as much/longer time as I possibly could.

Hanya pada kunjungan seterusnya, baru saya mula terdorong mahu menghayati pengalaman Mekah dalam konteks yang lebih sejagat. Sebab kota ini juga menawarkan hikmah tersendiri, dari sudut pengalaman konvensional. Ketika melakukan aktiviti yang tidak bersifat rohani mutlak.

Kadangkala cara begitu, boleh membawa sentuhan spiritual yang lebih bermakna.


ix) Salah satu aktiviti tegar duniawai saya di Mekah, melepak di Starbucks. Sementara menunggu waktu solat.

Berada di Al-Bait Mall yang sangat metropolis itu, sambil menonton ratusan orang yang sibuk membeli-belah, sambil menghirup kopi karamel berharga SR15 yang dibikin oleh gergasi kapitalis Barat: sungguh membuai perasaan. Lebih menguja lagi, kafe itu berada hanya 300 meter dari ka’abah.

Saya pun tidak faham kenapa teruja sangat. Mungkin sebab membayangkan bahawa diri saya ketika itu: menjadi titik pertembungan dua ironi terbesar dunia. Seolah-olah sedang berada di Mekah dalam dua era berbeza: pra dan pasca 630 Masehi (Nota: Itu tahun peralihan governan Mekah kepada Islam, daripada tangan kaum Quraisy pagan).

Pada satu sisi: ada syiar Islam terpancar terang. Bila nampak jemaah berpusu-pusu menyahut panggilan Tuhan. Pada satu sisi lain: seperti ada berhala tersembunyi. Bila melihat barang-barang jenama Barat yang digilai penuh berahi. Pada domain yang sama, oleh kumpulan manusia yang sama.


x) Melihat ini sebagai berhala kebendaan, mungkin agak judgmental. Tapi itulah imaginasi spontan saya, yang menerjah di minda. Biasalah. Saya memang suka menghukum orang. Terutama bila saya sedang ampai-ampai duduk mengisi masa lapang yang banyak.

Barangkali lebih sopan jika itu dianggap jelmaan semula sejarah ribuan tahun dahulu. Mekah sebagai kota perdagangan mahsyur. Yang menemukan dua kumpulan pedagang Timur Tengah: dari pedalaman jauh, dan dari penjuru hujung semenanjung tanah Arab. Masing-masing membawa barang niaga yang dipunggah dari benua berdekatan: Afrika, Asia dan Eropah.

Ketika ini pun: perdagangan merentas benua ini masih kekal sebagai satu ciri perniagaan utama di Mekah. Tekstil dan kendi dari Asia Selatan. Hasil agro (buah dan sayur) dari wilayah Mediterranean dan benua Afrika. Barang elektrikal dan keperluan domestik dari Asia Timur, khususnya China. Dan tentu sekali item-item jenama mewah dari Eropah dan blok Barat.

Sangat déjà vu. Mengulangi historia yang sama, pada konteks zaman yang berbeza.


xi) Saya ulangi semula premis saya tentang kota suci ini. Buat kesekian kali.

Mekah bukan sekadar sebuah destinasi rohani. Ia juga sebuah kota asuhan dan pencerahan bagi segenap pancaindera. Jika manusia mahu membuka mata hati dan pintu akal, untuk mena’akulnya.




Notakaki:

 - This might be a painful truth for the religious sentimentalists. Tapi siapa boleh menafikan bahawa di kota Mekah, agama sedang dimahsyurkan sebagai komoditi dagangan paling lumayan. Secara sedar atau tidak.

 - Mekah sudah ditikusbaikilabu oleh 'mereka dan keluarga mereka'. Too much emphasis on the physical infrastructure e.g. sekarang sudah bertambah dua lagi wing besar di kiri dan kanan - hampir sama saiz denganyang sedia ada (baru saja siap dalam sebulan ini). But not enough attention given to the "culture" (e.g. peningkatan migran dan gelandangan yang mengambil kesempatan ke atas jemaah haji/umrah, kawal-selia kemudahan terutama sistem pengangkutan dan perkhidmatan lain spt. laundry, kemudahan kerusi roda, etc).

Banyak kerusi roda yang disediakan di masjid sepatutnya F.O.C. Boleh diguna oleh sesiapa saja tanpa bayaran. Tapi anjing-anjing migran dan gelandangan Mekah itu menghartabendakan kemudahan itu. All wheelchairs are taken! Kalau mau guna, you need to pay these gelandangans. If you speak Arabic or Urdu, you may be able to get one with SR50. If not, you would get manipulated and made to pay up to SR700! Sekadar satu contoh kecil.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...