Sunday, August 2, 2015

SEMBANG SEMBANG MAJLIS GADANG


1.  Seriously. I had never been this nervous, all my life. Menjadi satu-satunya pasu di atas pentas, dikelilingi oleh lima kuntum bunga. Bukan sekadar bunga-bunga biasa. They are five distinguished Datuks; tokoh-tokoh wanita terbaik Sabah. Yang lebih bikin nervous lagi, 95% audien pun kalangan wanita. When I accepted the invitation, I thought it was a small luncheon event with audience not more than 50. Sebab saya dibagitau segmennya cuma berkonsep ‘sembang-sembang’.

Kalau kutahu magnitud majlisnya begini gadang, awal-awal lagi saya sudah lari pecut 100 meter dan bertapuk sampai ke lubang tikus. But the good news is: walaupun saya berada dalam majlis bertema kewanitaan dan dikelilingi lebihkurang 200 bunga-bunga tercantik Sabah pelbagai warna dan haruman, ini bukan tanda-tanda awal saya ada cadangan mau bertukar jantina pula. Jadi jangan sebar rumour yang bukan-bukan ya. smile emoticon

2.  Yang sebenar-benarnya, saya cuma memenuhi undangan sahabat karib saya, Pn Hjh Asmiah Ajamain (Pengarah DBP Sabah) dan rakan-rakan AJK penganjur beliau. Saya jadi moderator bagi luncheon talk bersama lima ikon misali, yang telah menjadi nadi instrumental dalam mengolah landskap gerakan memartabatkan wanita Sabah ke tingkat lebih tinggi. I myself have never been to to this kind of event before. So it is a very useful learning process to enrich my own perspective, as a scholar.

Selalu orang salah tafsir. Agenda wanita bukan sekadar mau menentang 'the so-called male-dominant world'. Perjuangan emansipasi ini bukan perang gender: wanita vs lelaki, seperti idealisme kaum feminis klasik yang ultra ekstrim. Ini adalah soal memperkasa kapasiti wanita sendiri, dalam pelbagai bidang. Why this is crucially important? Because in reality, women are the leading decision-makers at many grass-root levels. Misalnya, mereka tentukan banyak keputusan governans institusi keluarga: dari soal didikan sampai perbelanjaan. Kestabilan unit keluarga, dalam konteks lebih makro, akan diterjemah kepada kekuatan negara.

3.  I don’t mean to belittle my (late) father’s contribution to my upbringing. Tapi acuan yang membentuk atitud saya, 80% datang dari arwah ibu. She might be illiterate. Tapi pendidikan informal (yang menjadikan anak ‘seorang manusia') tidak semestinya perlukan huruf dan angka sebagai medium. This power comes in many different forms. Aura keibuan seorang wanita, itu sendiri sudah cukup sebagai tenaga penting dalam menjana karektor anak-anak. For whatever reason, we always seem to be able relating to our mothers better. May be because the first 9-months of our lives, we literally spent it inside her.

Selalu dimadahkan: tangan yang mengayun buai, akhirnya akan menggoncang dunia. Yang menggoncang dunia itu bukan semestinya tangan sama si ibu yang mengayun itu. Tapi mungkin tangan si anak dalam buaian, apabila sudah besar kelak. Bagaimana bentuk ayunan yang diberi, begitulah juga bentuk goncangan kepada dunia nanti. Kalau ayunan itu keras macam batu, nanti anak itu akan menggoncang dunia macam hantu. Kalau ayunan itu lembut seperti sutera, kelak anak itu akan menggoncang dunia ke arah lebih sejahtera.

Dan ingat, ‘ibu’ dalam konteks ini: jangan sempitkan kepada takrifan 'ibu bagi sebuah rumahtangga’ semata-mata. Ibu yang mengayun itu juga boleh merujuk kepada status ketua dalam syarikat, organisasi dan sistem tadbirurus yang lebih tinggi, sama ada di peringkat mukim, daerah, negeri, negara mahupun global.

4. Ya, begitu penting peranan seorang wanita kerana mereka mempunyai impak kepimpinan yang unik dan tersendiri. Maka, sesiapa yang tidak menyokong penuh gerakan memartabatkan agenda wanita, mereka sebenarnya adalah penentang agenda memartabatkan bangsa dan negara. Maksudnya, mereka itu anti pembinaan tamadun.

“If we mean to have heroes, statesmen and philosophers, we should have learned women.”
-- Abigail Adams

"There is no tool for development more effective than the empowerment of women. When women thrive, all of society benefits, and succeeding generations are given a better start in life." -- Kofi Annan

#tributetomylovingmother
— at Grand Ballroom Wisma Wanita.


NOTA KAKI:


  • Yatie Klate Terima kasih Dr. Rem Dambul memberi lebih pencerahan kepada mereka yang sering salah faham apabila disebut perjuangan wanita. Ramai yang elergik dengan istilah feminis dengan tanggapan wanita berjiwa feminis adalah kelompok penentang lelaki. Justeru, ketika saya menghasilkan buku kajian berkait dengan feminis, saya juga dipandang serong. Lebih malang, saya dituduh menyarankan 'kemungkaran' kepada para wanita lain. Begitu jahilnya segelintir masyarakat kita, yang suka melemparkan persepsi buruk dan kutukan terhadap sesuatu perkara (termasuk dalam konteks wanita ini) tanpa memahami maksud sebenarnya..
    Like · Reply · 8 · August 2 at 7:28am
    • Rem Dambul Mungkin sebab itu salah satu strategi penganjur majlis ini adalah menjemput lelaki sebagai moderator. Supaya lebih ramai lelaki difahamkan dengan agenda sebenar gerakan memperkasa wanita. smile emoticon



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...