Thursday, August 20, 2015

BUKTI BERGAMBAR


1.  Lepas lima hari mendarat di sini, masih belum ada bukti bergambar. Maka, ramai sudah orang mula curiga.

Betul bah kau ada di gurun bumi anbia? Atau kau sedang berpoya-poya di kota yang tidak suci? Begitulah antara lain spekulasi dan gosip liar yang sayup-sayup kedengaran diterbangkan angin. Jadi, saya pun dengan penuh tekun menayangkan bukti-bukti bergambar di sini. It was an open day at our department here, yesterday. We have visitors from the nearby research institution. Jadi bergelinjanglah kami menayang alat-alat canggih meteorologi pada tetamu.

2.  Nampak salah satu gambar itu; saya sedang girang ria bermain belon? Itu sebenarnya alat pencerap data, yang diguna oleh meteorologist dan climatologist untuk menyukat pelbagai parameter iklim pada aras atmosfera tinggi. Belon itu akan menerbangkan alat tersebut mengikut ketinggian-ketinggian tertentu yang dimahukan.

Di belakang itu, Boss saya sedang ghairah menerangkan fungsi setiap alat yang ada dalam kotak pencerap suhu dan tekanan. Nampak tidak betapa terpesona ayam-ayam putih balung merah yang bertebaran di bawah itu? I should be the one that handled the task. Apa kelas Boss sendiri pula yang terpaksa buat kerja remeh ini, kan.

But most of our guests don’t speak English. Dan saya pula terlalu bangang mau belajar Arab; sampai sekarang tak pandai-pandai. So…

3.  The device my Boss was showing is used to observe ground data. Di lautan pula, kami pakai pelampung untuk merekodkan data-data yang sama. See, how complex our climate system is. Bukan saja kita perlu faham perangai iklim di permukaan bumi, tetapi perlu juga tahu tabiat mereka di angkasa dan marin.

Without this complete understanding of the entire inter-related components (land-ocean-atmosphere): we would not be able to predict how the climate could affect us. Ia adalah sistem fizikal yang paling kompleks di bumi; lebih rumit dari sistem hidrologi atau geologi atau vegetasi. Jadi kesimpulannya? Syukurlah kamu kerana ada orang tabah macamRem Dambul, sanggup meneroka disiplin ilmu yang sukar begini. Kalau tidak, tiap-tiap hari ramai yang bergelumang dengan kemurungan kritikal kerana ditakut-takutkan oleh mitos ribut taufan yang bukan-bukan.

Don’t take the last bit seriously. Itu cuma jenaka kering, bukan mau minta puji, ok.

4.  Saya harap kecurigaan kawan-kawan sudah lerai sirna sekarang, dengan tersiarnya gambar ini. It took a little longer because I wasn’t feeling well the first few days. Biasalah kalau datang tanah gurun ini. Debu pasirnya banyak. Jadi hidung rasa macam disumbat kapas. Saya panggil sindrom ini - “selsema padang pasir”.

Ia sebenarnya tindakbalas natural tubuh kita pada persekitaran baru. Oleh sebab bulu hidung saya tidak lebat macam orang Arab; maka mukus (baca: hingus) dikeluarkan berlebihan sebagai penyaring debu pasir yang berdeburan. Ia mengambil fungsi yang sama dengan bulu hidung, iaitu menapis udara yang tepu dengan bahan terampai. It will only stop when you have managed to adjust with the new surrounding; which normally takes less than a week.

Jadi kalau kamurang datang ke negara gurun dan hidung rasa sangat selesa pada seminggu yang pertama: there is something wrong with you. Sama ada kamu secara rahsia menyimpan genetik Arab berbulu hidung rimbun; atau kamu tinggal di kawasan yang berpencemaran tinggi di Malaysia. Hingga kamu sudah immune dengan persekitaran yang gampang begitu.
— in Jeddah, Saudi Arabia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...