Thursday, June 25, 2015

HUKUM SEBAB DAN AKIBAT



1.  Cuba teka saya buka puasa dengan siapa, kelmarin? Jangan pula ada yang semput kerongkong terkejut. Ya, saya iftar bersama Sahibul Samahah Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Hj Jaafar.

Mungkin ada yang tertanya-tanya dengan penuh sangsi dan cemburu: jadi apa markat istimewa kau hingga dapat jemputan personal pemimpin agama tertinggi negeri ini? Hei, kamu semua jangan pura-pura lupa. Saya pernah bah bermukim di bumi Anbia.

Selama dua tahun saya memugar iman di bandar Jeddah – yang diapit di tengah-tengah oleh dua kota suci, Mekah dan Madinah. Kamu pernah ada pengalaman rohani yang sebegitu kudus? Tiada, kan? Sebab itu kamu tidak dipandang dan tidak diundang. Haha.


2.  On a serious note – it was truly pleasant having the opportunity meeting one of Sabah’s brightest intellectuals.

Datuk Bungsu merupakan tenaga akademik UiTM yang ketika ini dipinjamkan kepada kerajaan Sabah untuk memegang jawatan Mufti. For the record – he was a first class graduate from the prestigious Universiti Malaya (dalam disiplin Usuluddin).

Saya juga fikir beliau ini contoh misali pemimpin agama yang progresif. Datuk Bungsu amat minat berdiskusi perihal gempabumi dan pelbagai fenomena alam lain dari perspektif sains. Beliau berulangkali menekankan: meskipun Allah berkuasa sepenuhnya ke atas segala kejadian, namun setiap yang berlaku masih berpaksi pada hukum sebab-akibat.


3.  Amat perlu bagi manusia memahami prinsip sebab-akibat tersebut (yang dikenali sebagai proses sains) – agar kita dapat hidup harmoni dengan alam semesta. Sambil mengagungkan kebesaran-Nya dengan penghayatan yang lebih mendalam.

Ini pemikiran seorang agamawan sejati yang mengarifi nilai-nilai teras Islam. Bukan seperti ulama jadi-jadian di media sosial – yang gigih berdakyah dengan mentaliti gampang. Asal nampak perkara yang pelik sikit, mulalah kepoh mendendang kononnya dunia sudah akhir zaman. Siap lempar macam-macam hadis dan ayat Quran, sesuka emosi.

Bila kita berhujah sikit berdasarkan logik sains, mulalah melenting menuduh kita meremeh-remehkan kuasa Tuhan. Tidak habis-habis dengan argumen simplistik: kun faya kun. Kadang-kadang rasa macam mau pukul kon*** para penjual agama murahan ini. Biar pecah kantung sperma.


4.  Bayangkan begini. Kamu adalah pengasas dan pemilik tunggal sebuah syarikat. Maksudnya segala kuasa eksekutif pentadbiran syarikat tersebut – kamu pegang secara mutlak dan esklusif.

Tapi sebagai seorang boss yang ‘adil, bijaksana dan penyayang’ – tentu kuasa mutlak itu akan dioperasikan mengikut ‘hukum sebab dan akibat’ yang munasabah. Kamu tidak akan melantik atau memecat pekerja sesuka hati. Mesti ada alasan dan sebab musabab.

Kamu tidak akan mengubahsuai pejabat atau menukar mod operasi bisnes sewenang-wenang. Tanpa melalui satu tatacara prosedur dan lunas-lunas yang tersusun. Kenapa? Sebab kamu seorang bos yang: ‘adil, bijaksana dan penyayang’. Kamu tidak mahu zalimi pekerja dengan keputusan-keputusan yang rambang tak terduga.


5.  Begitu juga. Tuhan – pencipta dan pemilik alam semesta – tentulah akan mentadbir dengan orde yang sistematik. Sebab Dia memiliki segala sifat sempurna. Dia sayangkan semua ciptaan, dan sentiasa berlaku adil pada mereka.

Maka Dia operasikan alam ini dengan prinsip ‘sebab dan akibat’ yang tertib. Supaya manusia boleh menggalinya sebagai ilmu pengetahuan. Kemudian dari kefahaman itu, manusia belajar bagaimana mengatur kehidupan mereka sendiri. Bagi yang malas dan degil – kamu terimalah nanti padah dari sikap acuh tak acuh kamu sendiri. Fair, no?

Tapi tentulah juga. Bos yang paling berhati mulia pun, SESEKALI akan buat sesuatu di luar daripada ‘hukum sebab akibat’. Bukan apa. Sekadar tanda peringatan (terutama bila para pekerja mula leka dan suka take things for granted) bahawa: I am your big boss here. So watch out your conduct – because I can do anything if I wish!


6.  Dengan cara yang sama, Tuhan juga boleh operasikan sesuatu di luar dari logik sains dan prinsip sebab-akibat, jika Dia mahu. Sebagai tanda peringatan. Tetapi kemungkinan yang begini bukanlah sesuatu yang lazim.

Sedangkan manusia yang benar-benar adil, bijaksana dan penyayang pun tidak akan berbuat begitu sekonyong-konyong, sekalipun diberi mandat kuasa sepenuhnya. Apatah lagi Dia yang MAHA adil, bijaksana dan penyayang. So all in all, knowing the fundamental sciences on how our universe is governed by Him – is still significantly important. Faham?

Wah entri ini sangat rohaniah sifatnya. It is so not Rem Dambul, kan. Tapi jangan salah faham pula. Tiada niat mau melobi untuk dicalonkan jadi mufti Sabah masa akan datang, ok. Saya sudah cukup girang dan bahagia jadi klimatologis sampai mati.

— feeling sesuci susu unta segar di dalam cawan yang berdebu. at Grand Borneo Hotel.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...