Monday, June 22, 2015

BULAN KECIL DI LANGIT KUNDASANG




1)  Saya pernah menulis sajak tentang Kundasang yang termuat dalam antologi Taman Fikir (Ikatan Penulis Sabah, 2015). Puisi itu saya tulis semasa sedang berfantasi sambil menikmati aura sang Nabalu.

Bulan Kecil di Langit Kundasang

Bulan purnama penuh
di langit Kundasang
terangnya begitu kecil
kerana Nabalu nan garang
terlalu agung mahu ditewaskan.

Kundasang
Disember 2014


2)  Khidmat masyarakat adalah aktiviti yang sangat rutin bagi saya sejak zaman sekolah dan universiti lagi. Tapi melakukannya bersama ahli keluarga memberi impak rasa yang sedikit lain dan lebih istimewa. Bukan saja dapat berbakti sesama manusia, bahkan dapat eratkan silahturahim kalangan ahli keluarga sendiri.

Kelmarin, keluarga besar kami – SD Dumaring Clan – yang diketuai oleh Datin Dr.Lungkiam Dambul telah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Kampung dan Pengerusi JKK Kg. Mesilou, Kundasang. Untuk diagih-agih kepada penduduk yang memerlukan. 


3)  Arwah bapa kami adalah salah seorang peneroka awal di lereng pergunungan ini. Jadi kami juga mempunyai tanah peninggalan orang tua yang terletak di Kg. Soborong, tidak jauh dari Mesilou. Sinurambi Homestay milik abang saya (Hj Joibi Dambul Dumaring) turut retak sikit akibat gempa. Tapi kerosakan tidaklah kritikal.

Dapat membantu sesama masyarakat Sabah dalam detik-detik sukar begini memberi satu katarsis jiwa yang bermakna. Tapi peluang menolong sesama warga sekampung – membawa inspirasi rasa yang lebih mendalam. Kerana luka mereka adalah luka kami juga. Untuk bertahun-tahun akan datang, mereka dan kami akan saling bahu-membahu mendepani cabaran ini. 


4)  Terima kasih pada kakak saya, Rabia Dambul Dumaring, yang jadi teraju logisitik bagi mengurus pengumpulan sumbangan ahli keluarga. Juga kakak ipar saya, Sariffah Natiah Maslin (pribumi jati Mesilou), yang bertindak sebagai mata dan telinga kami di lokasi bagi mengenalpasti keperluan-keperluan yang mendesak jiran-jiran sekampung.

Semoga Tuhan memberi kami sekeluarga kekuatan untuk bangkit daripada tragedi ini. Kemudian menjadikannya satu refleksi yang akan menyuburkan lagi nilai-nilai kemanusiaan kita semua. Mari jiwai semangat Aki Nabalu, yang agung dan enggan ditewaskan.

— with Richard Utam DuhuMaria Sinti DumaringKhairel Majid KaliminJupirin Bin Hj RuhiminYani DambulKhairol Majide KaliminKhalila KaliminBadrulwazi 'bokiu' RichardKalimin SahadiBaizura RichardElvica Mading and Barbarawati Richard at Kg Mesilau.


NOTA KAKI:


Sudah jatuh ditimpa tangga. Seorang lagi penduduk Mesilou mendapat musibah berganda. Selepas beberapa hari kejadian gempa yang memberi trauma kepada penduduk kampung ini (dengan tragedi gegeran dan banjir lumpur) - seorang ahli kampung telah terbakar rumahnya. Tuan rumah juga mempunyai beberapa anak kecil.

Marilah kita semua ramai-ramai membantu yang terdaya. Jangan kita biarkan keluarga ini bersendirian berdepan dugaan pada bulan Ramadhan yang mulia dan menjelang hari lebaran. Sumbangan boleh disalurkan menerusi tabung di bawah, yang diseliakan oleh En. Japiril Suhaimin.

https://www.facebook.com/japiril.suhaimin/posts/1231705310177907?pnref=story


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...