Wednesday, May 6, 2015

KENANGAN TIGA HARI DULU



Sungguh rasa teruja dapat m̶e̶n̶g̶g̶e̶d̶i̶k̶-̶g̶e̶d̶i̶k̶ berganding dengan figura-figura ikonik, empat jenama penerbitan terunggul Malaysia!

Ini bukan sekadar gambar tangkap-muat, natijah satu pertemuan rambang di pesta buku. Senyum mekar itu jelas membayangkan hubungan yang i̲n̲t̲i̲m̲ ̲d̲a̲n̲ ̲m̲e̲s̲r̲a̲.̲ Jangan pula curiga, ayat itu sengaja ditonjolkan dengan niat mau bermegah-megah.

Jika setiap buku dihasilkan dengan hasrat ingin memandaikan bangsa, maka mungkin tidak perlu wujud kasta pembeza: buku mana yang ditulis dengan lebih cerdik. Kerana pembaca datang dari pelbagai takah kepintaran. Jadi sudah tentu mereka juga perlukan buku-buku yang menawarkan markat kecerdikan yang aneka ragam. Mungkin.

Tapi yang jelas, kita tidak boleh menganjak mutu persuratan Malaysia dengan hanya saling kata mengata. Kerana hikmah dari langit dan ilham menulis yang lebih jernih tidak akan terhasil daripada sengketa. Hormat menghormati, saling mengkritik secara konstruktif: saya fikir ini yang akan memacu industri perbukuan negara ke mercu lebih bermaruah.

Barangkali dunia buku kita ketika ini agak berkabut dengan seribu polemik, persaingan dan label (mainstream, pop, indie, etc). Sebab itu saya sungguh bangga dapat menyatukan empat CEO ternama daripada spektra-spektra penerbitan yang berlainan dengan mood integrasi yang girang.

Patutkah Malaysia mempertimbangkan anugerah Pingat Bitara Perpaduan kepada Rem Dambul kerana pencapaian gemilang dan bermakna ini?

Nota: Tiga pembaca pertama yang boleh menamakan keempat-empat CEO dan badan penerbitan yang diwakili mereka, akan dihadiahkan dengan buku tulisan terbaru saya. Bersama dudel dan tandatangan istimewa.‪#‎sedangmengumpan‬
:
— at Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015, PWTC.

Nota Kaki:

Mohzan OP-Zaharin Mohd Khair Ngadiron (ITBM)
Mutalib Uthman (Dubook)
Sinaganaga (Sindiket Sol-jah/Studio Anai Anai)

Prof. Abdullah Hassan (PTS)


Rem Dambul Yeay, penerima hadiah pertama. Nak apa dari KK? Udang kara 10kg, boleh? 

Haira Abu Bakar 1st mohd khair , itbm..2nd muthalib uthman..dubook, 3rd sinaganaga..sindiket soljah, 4rd prof abd hassan..pts...huhu..bantai jer lh..

Rem Dambul Oklah. Diterima. Penerima hadiah kedua

Junita Shamsul Dari kiri atas, ikut jam:
1. Mohd Khair Ngadiron (ITBM)
2. Muthalib Uthman (Dubook)

3. Profesor Emeritus Abdullah Hassan (PTS Media Group)
4. Azalan Hussain (Sindiket Soljah dan Studio Anai-Anai)

*Saya tanya prof google utk memastikan ejaan nama etc 


Rem Dambul Wah, hebat... penerima hadiah ke-3. 

Junita Shamsul I already have all 3 of your books, what I don't have is your autograph!..since I pemenang di sini, I want my books to be signed, boleh?..but I know, nak dapat your signature tu yang susah, mission impossible!

Norashikin Ali Amat Dari kanan bawah, Profesor Emeritus Abdullah Hassan :PTS Media Group.

Kemudian, yang diganding erat itu namanya, Tuan Azalan Hussain: Sindiket Soljah dan Studio Anai Anai.


Belah atas kanan,saudara Muthalib Uthman : Dubook (Terselit gambar cikgu ZF Zamir yang senyum manis dibelakang)

Akhir sekali, yang berbaju kemeja putih adalah Tuan Khair Ngadiron: ITBM

Sekian 

#sayanakbuku


Rem Dambul Ok. Sebab ada #sayang di situ.. maka tetap akan dihadiahkan buku. Walaupun sebenarnya peneka keempat. 

Norashikin Ali Amat Yeayy! Terima kasih Dr.Rem Dambul! 

#impiantercapai


Ready to fly home from KLIA. cc Andi DarBarbarawati Richard


    1 comment:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...