Tuesday, May 12, 2015

KAFE KAPITALIS



1. Sudah lama tidak pergi airport sepagi begini. Belum jam 7 am, sudah terjongoh di terminal. Keluar rumah jam 5.30 am. Sempat mandi badak sekejap, kemudian terus jalan mendebus macam angin.

Sampai di airport, rasa kebulur sangat. Oh baru teringat, semalam lupa dinner! Sebab itu gaya meratah sandwich sangat rakus. Seperti karnibal Amazon sedang menikmati betis panggang.


2. Saya kurang pasti sandwich apa yang saya makan, dan kopi apa yang dihidang. Tapi kafe kapitalis itu caj RM32.60. I was like, what the kcuf! Ntah-ntah diorang memang betul-betul letak daging betis orang dalam sandwich secubit itu?

Ketika saya sedang menikmati hirupan terakhir kopi late; seorang makcik cleaner airport singgah di kafe. Dia menjinjing raga plastik. Kemudian waiter yang melayan saya tadi sepantas kilat menyambut makcik itu.


3. Rupanya dia membeli nasi lemak. Barangkali dia macam saya juga, tidak sempat sarapan. Tapi apa yang menyentak emosi saya adalah ironi sebuah sistem ekonomi yang diagungkan serata dunia: mod kapitalisme!

Kata para burjuis liberal – pasaran bebas adalah kunci kemakmuran dunia. Mekanisme praktisnya terolah dalam sistem kapitalisme. Tapi apakah erti kemakmuran kalau sistem itu sendiri tidak mampu memakmurkan entiti yang mendukungnya?


4. Kafe kapitalis multinasional itu beroperasi atas nama pasaran bebas. Waiter yang bekerja di situ digaji kurang dari RM5 sejam. The cheapest complete meal being sold in the outlet is: RM30 ++. Which means the waiter has to work SIX HOURS to afford it.

Sebab itu, mereka tidak mampu menikmati perkhidmatan yang mereka sendiri jadi tunjangnya. Inilah sifat celaka bisnes multinasional yang mengaut untung berganda-ganda di Malaysia. Sepatutnya gaji yang ditawarkan harus berkadaran secara adil dengan keuntungan servis yang beroperasi.


5. Sebagai perbandingan.

Di UK, harga sajian lengkap untuk seorang (makan + minum) adalah lebihkurang £4.00 ++ di Pizza Hut. Gaji sejam untuk waiter pula minimum £5.00 (tidak termasuk tips). Maksudnya? Kerja sejam, sudah boleh beli complete meal.

[Nota: Ini berdasarkan observation tahun 2005. Kalau harga meal sudah naik, saya percaya gaji minimum per-jam juga turut meningkat.]

Di Pizza Hut Malaysia, harga complete meal (air + piza sais personal) adalah lebihkurang RM16++. Gaji pelayan sejam pula berapa? Go figure! Can Pizza Hut afford to follow the same standard in UK (dari segi nisbah gaji pekerja) and still make significant profit? Yes, of course!


6. Now, the one-million question: if they can afford it, why don’t they?

Sebab mereka ikut standard gaji pekerja di kedai mamak dan gerai tepi jalan. Inilah masalah utama ekonomi liberal yang berpegang pada anutan: segalanya dipacu oleh pasaran terbuka. Samarata, meskipun tak saksama!

The issue is: these are multinational companies. Mereka mencipta kekayaan di tanah orang dengan herotan harga berganda-ganda; dan mengangkut untungnya keluar untuk dilambak ke tempat lain. Sepatutnya sistem gaji mesti ditawarkan mengikut kekuatan dan keupayaan kapital mereka. Bukan meletak status mereka sendiri setaraf Kadai Tokou di simpang Pekan Nabalu.

7. Serius. Kadang-kadang memang ada rasa geram kepada kapitalis-kapitalis pencekik darah ini: MacDonald, KFC, Starbucks, et. al. Tapi fikir punya fikir, apa sangat pilihan yang ada.

Misalnya kalau di airport KK; yang buka dulu seawal suria menyingsing hanya kedai-kedai kapitalis ini. Satu-dua kedai tempatan yang ada – tidak tau jam berapa buka. Semua pekerjanya malas macam tenuk terlebih makan jerami padi. Mungkin jam 10 am baru bangun. Kemudian bila matahari tegak di ubun-ubun, baru terhegeh-hegeh buka kedai. Macam sial yang tak pernah sedar dirinya sial.


Ini gambar dan cerita di KK tadi. Saya sekarang sudah ada di KL.



2 comments:

  1. Assalamualaikum... Dr Rem..

    Apa yang telah saya baca di blog Dr ni, salah satunya adalh entry ini... Apa yang Dr kata pasala gaji org2 kita di kedai kapitalis ini adalah sangat2 tidak berbaloi dan rasa kasihan itu ada juga... Rasa geram di di hati mmg sentiasa ada... Starbucks / McD/ KFC huhuhuhu adalah mknanan yg saya lgsung tidak beli dengan duit saya sendiri bgtu juga Pizza hut...

    So sad.... mereka diberikan gaji sbgitu rupa...

    ReplyDelete
  2. saya seorang peniaga kecil tak mampu nak bayar gaji mahal pada pekerja saya, kalau KFC, Pizza naikkan gaji, maknanya ada persaingan utk dapatkan pekerja. Kita kena fikir sudut positif juga. Memang la kalau fikir dari sudut pekerja nak gaji mahal aja... tapi kalau bisnes tak mampu nak support camne?
    Ingat orang yang niaga franchise KFC dan McD tu laku sangat, ada juga yang bungkus juga sebab overhead tinggi. Pada pendapat saya semuanya bergantung pada demand and supply. Kalau pekerja setuju dengan gaji tu, buat la kerja. Kalau diorang tak setuju, tak payah terima tawaran kerja tu. Simple je.. nampaknya ramai yang terima maybe sebb itu titik equilabrium.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...